Bisnes

Penjualan Kereta Britain Melonjak 674 Peratus Pada Mei 2021

Penjualan kereta yang melonjak membantu meningkatkan hasilnya setelah penurunan tahun lalu.

Dunia terus mengila kereta walaupun terdapat amaran perubahan iklim dan peningkatan pelaburan dalam pengangkutan awam yang lebih baik. Dengan sekatan pergerakkan dan percutian dibatalkan, pembelian kereta baharu nampaknya merupakan perkara terbaik yang seterusnya dan ini terbukti dengan lonjakan penjualan kereta selepas lockdown di UK baru-baru ini.

Pendaftaran kereta baharu Britain meningkat 674 peratus pada bulan Mei berbanding bulan yang sama tahun lalu dengan laporan dari Reuters beberapa hari yang lalu. Beberapa bulan kebelakangan ini apabila bilik pameran kereta ditutup semasa lockdown, penjualan tetap di bawah tahap 2019, data industri menunjukkan pada Jumaat lalu.

Penjual kereta membuka kembali pintu kepada orang ramai pada 12 April di England tahun ini tetapi ditutup sepanjang Mei 2020.

Jumlah dagangan mencapai 156,737, didorong oleh permintaan armada perniagaan, jauh lebih tinggi daripada 20,247 kereta yang dijual pada Mei 2020 tetapi masih kurang daripada 183,724 pembelian yang dilakukan pada tahun 2019, menurut pernyataan dari Persatuan Pengilang dan Pedagang Motor (SMMT).

Industri ini juga mengalami kekurangan cip semi-konduktor, memaksa banyak pengeluar di seluruh dunia untuk mengurangkan pengeluaran dalam beberapa bulan terakhir.

“Peningkatan keyakinan perniagaan mendorong pemulihan, sesuatu yang perlu dipertahankan dan diterjemahkan dalam permintaan pengguna swasta ketika ekonomi muncul dari langkah-langkah membenteras pandemi,” kata Ketua Eksekutif SMMT Mike Hawes.

Industri ini meramalkan penjualan setahun penuh sebanyak 1.86 juta kereta baharu untuk UK.

Sementara itu Ernst & Young mengeluarkan kenyataan di bawah ini untuk menjelaskan lebih lanjut kenaikan penjualan kereta di England setelah lockdown baru-baru ini ditamatkan. Adakah lonjakan yang sama akan berlaku di Malaysia selepas PKP semasa kita dibatalkan?

Media Release Ernst & Young

“May 2021’s new car sales were still 14.7 percent down on pre-pandemic sales in May 2019 and 13.2 percent down on the average sales for the month over 2010-19.

“May’s gain marked a third successive year-on-year rise in new car sales including an increase of 3,176.6 percent to 141,583 vehicles in April. However, this was from a base of just 4,321 sales in April 2020. This followed a gain of 11.5 percent year-on-year in March, which had been the first increase since last August.

“Consequently, new car sales were up 42.5 percent year-on-year over the first five months of 2021 at 723,845 vehicles. However, the SMMT pointed out that this was 296,448 fewer units, or -29.1 percent less, than the average recorded across January to May during the last decade. 

“While COVID-19 restrictions have had an impact on new car sales since early-2020, a number of other factors appear to have weighed on new car sales recently: consumer and business caution over making major purchases, reduced demand for diesel cars amid environmental concerns and uncertainties over policy, and stricter emission regulations affecting supply at times.

“Indeed, new car sales only achieved one monthly year-on-year gain in 2020. As a result, new car sales fell 29.4 percent over 2020 with the total 1,631,064 vehicles being the lowest since 1992. Furthermore, the sales fall of 29.4 percent was the largest since 1943.”

Previous post

Volvo C40 Recharge, Kini Dibuka Untuk Tempahan

Next post

Triumph Speed Twin 2021 Diperkenalkan - Harga Dari RM77,900

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *