Berita Auto

NAZA Premira Lancar Vespa Primavera @ RM11,888.00

NAZA Premira Sdn Bhd, pengimport tunggal dan rasmi dan pengedar skuter Vespa di Malaysia, memperkenalkan Vespa Primavera – jenama klasik dengan wajah yang segar. Turut hadir pada pelancaran rasmi ialah Encik Brendan Ang, Pengurus Kawasan Jualan, Piaggio Asia Pasifik, Encik Abdul Hamid Ismail, Naib Presiden Kanan, NAZA World Group of Companies, Encik Zakaria Ismail, Naib Presiden Kanan, NAZA World Group of Companies dan Encik Farouk Faisal, Pengurus Besar NAZA Premira Sdn Bhd.

IMG_0001-620x350

Vespa Primavera mula sekali dilancarkan di zaman lepas perang Itali pada tahun 1968. Ianya adalah skuter yang membawa nafas baru kepada dunia yang pada masa itu sedang berubah didalam aspek bentuk dan gaya mobiliti. Ia kemudian menjadi salah satu model yang paling dikagumi dan berkekalan di dalam sejarah jenamanya; juga membawa Vespa menjadi fenomena di seluruh dunia yang ianya sekarang hari ini. Hari ini, legenda dua roda ini kembali untuk meriangi seluruh generasi baru peminat skuter.

IMG_0003-600x400

Primavera baru ini memberi wajah yang lebih diperkemas dengan elemen utamanya bergema imej Vespa 946. Muda, inovatif, pantas dan dinamik. Primavera menggabungkan teknologi Piaggio yang paling maju dengan pelbagai ciri-ciri kontemporari untuk menawarkan reka bentuk yang baru dan sesuai seiring dengan sejarah model ini.

“Vespa memberi nafas baru kepada klasik ini dengan menggabungkan ciri-ciri Primavera utama yang amat disayangi dengan teknologi Piaggio yang terbaru. Reka bentuk baru ini amat bergaya, lebih selesa dan kekal setia kepada sejarah model asalnya. Ianya satu tunggangan yang canggih dengan kecekapan bahan api yang lebih baik, penghantaran kuasa yang lancar yang mempertingkatkan keseronokan menunggang; menjadikannya sesuai untuk ciluk menyiluk hiruk-pikuk jalanan bandaraya. “kata Datuk Wira Hj SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin, Naza Group of Companies Joint Group Executive Chairman.

IMG_0002-600x400

Tambahnya lagi, “Vespa telah menyaksikan peningkatan populariti di Malaysia baru-baru ini, dengan lebih ramai orang mengiktiraf jenama sebagai produk gaya hidup dan bukan hanya satu cara pergerakan. Kami yakin bahawa pasaran tempatan akan mula menerima kembali Primavera dan model ini akan menarik balik minat pecinta dua roda di seluruh negara. Vespa Malaysia dengan bangganya mengumumkan bersempena dengan sambutan kepulangan model ikonik ini, kami memperkenalkan 1 tahun atau 10,000km jaminan khusus untuk Vespa Primavera. Ini adalah pasaran yang pertama yang akan mentakrifkan semula perkhidmatan pelanggan. ”

Primavera_Monte-Bianco-White-001-600x428

“Setakat ini, kami mempunyai 9 rangkaian peniaga di Semenanjung Malaysia yang mematuhi Identiti Korporat Piaggio (CI) dan kami bertujuan untuk menambah 11 lagi, menjadikannya 20 rangkaian pengedar di seluruh Malaysia,” Datuk Wira SM Faisal melanjutkan.

Primavera ini dikuasai enjin satu silinder, 3-injap, sejukan udara dengan suntikan bahan api elektronik, bore & stroke baru, dan crankshaft kurang gesel di mana ianya menghasilkan peningkatkan kecekapan enjin, penjimatan bahan api, tork dan pecutan. Sistem mounting enjin baru dengan arm 2-kedudukan dan rubber absorbtion damper berganda menjadikan tunggangan Primavera licin dengan pengurangan getaran yang ketara (kira-kira 40% kurang)

Primavera_Azzurro-Marichiano-Light-Blue-007-600x450

Steel Sheet bodyworknya  menghasilkan tahap ketegaran yang sebelum ini tidak ada tanpa menjejaskan berat struktur. Penambahan wheelbase dan panjang meningkatkan kestabilan di samping mengekalkan ciri stereng Primavera yang ringan dan tangkas. Penambahan jarak antara hendal dan pelana serta ketinggian baru pelana, memperbaiki kedudukan menunggang manakala tempat duduk berdua yang leper kini turut lebih selesa dan praktikal.

Piaggio mengutamakan keselamatan apabila merekakan Primavera baru ini. Model baru ini bercirikan lampu siang LED dan suspensi yang di tambah baik. Ruang dibawah tempat duduk amat luas. Lebih pada cukup untuk topi keledar full face. Tiada alasan untuk penunggang untuk tidak memiliki satu.

Primavera_-Rosso-Gragon-Red-001-600x428

Memahami yang fesyen adalah sama penting dengan fungsi apabila mereka-bentuk sesuatu kenderaan, Piaggio memberi penekanan yang besar ke atas rupa halus Primavera ini – menguruskannya supaya ia kelihatan tradisional dan baru pada masa yang sama. Model ini meniru gaya dan stail dari kegemaran semua-masa, Vespa 946 – seperti garis-garis anggun dan belakang tirus.

Dengan warisan yang menjangkau 68 tahun, Vespa melambangkan tabiat gaya dan kecanggihan Itali yang sebenarnya, mengubah pengangkutan bandar dan kini seorang warganegara dunia dengan berjuta-juta produk-produknya diedarkan di lima benua.

Vespa Primavera boleh didapati dalam 4 warna, Rosso Gragon (Merah), Monte Bianco (Putih), Nera Vulcano (Black) dan Azzurro Marichiano (Biru Muda) harga jualan asas sebanyak RM 11,888.00

Saya nak yang merah.

Previous post

Ferrari Tingkatkan Produksi

Next post

Honda HR-V Disahkan Untuk Eropah

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *