Pagani Huayra BC Pachetto Tempesta Hadir Dengan 827 HP, 1,100 Nm
Sedar tak sedar, sebenarnya sudah 10 tahun Pagani Huayra dijual di pasaran dan banyak varian model itu telah diperkenalkan, termasuk Huayra R pada Mac lalu. Kini, Pagani telah memperkenalkan satu lagi varian untuk model Huayra BC iaitu Pachetto Tempesta yang bermaksud ‘Storm Package’.
Membuat kemunculannya di Monterey Car Week pada hujung minggu lalu, Huayra BC Pachetto Tempesta hadir dengan kuasa yang lebih tinggi dan pakej aerodinamik yang dipertingkatkan.
Enjin 6.0-liter twin-turbo V12 keluaran Mercedes-AMG itu telah dinaik taraf dan kini menghamburkan 827 hp dan 1,100 Nm, iaitu 27 hp dan 50 Nm lebih tinggi berbanding Huayra BC Roadster. Enjin itu ‘bernafas’ menerusi sistem ekzos dengan enam muncung.
Dari segi aerodinamik pula, hypercar ini dilengkapi dengan splitter hadapan berserta lubang ambilan udara baharu, manakala spoiler belakang kini disokong dengan sirip tengah terintegrasi bagi memaksimumkan kecekapan aerodinamik.
Tambah Pagani lagi, Pachetto Tempesta dilengkapi dengan sistem suspensi yang ditala semula untuk pemanduan yang lebih selesa. Ini dilengkapkan dengan mod pemanduan Soft Driving baharu.
No Comment