Nissan Cerita Tentang Tukang Mahir Mereka
Tsutomu Sakuraoka adalah Tukang Mahir, atau Takumi, di kilang Tochigi Nissan di Jepun. Beliau telah bekerja untuk Nissan sejak tamat pengajian dari sekolah tinggi teknikal.
Sakuraoka menonjolkan kemahirannya sejak awal kerjayanya, memenangi pertandingan-pertandingan kemahiran global.
Beliau telah menghabiskan lebih dari 38 tahun menyempurnakan seni pengilangan, dan tahun ini beliau telah dianugerahkan Reben Kuning oleh kerajaan Jepun untuk komitmennya kepada ketukangan dalam pengendalian mesin penggilingan, dan untuk sumbangan belia kepada generasi akan datang melalui pengajaran kemahiran penggilingan tangan.
Berikut adalah beberapa pandangannya mengenai Nissan dan dirinya sebagai Takumi:
“Automasi telah banyak meningkat dalam proses die-making. Dalam kerja saya, pemprosesan manual juga telah digantikan dengan NC machine processing. Tetapi siapa yang sebenarnya menguruskan proses ini dan meningkatkan ilmu automasi? Jelas sekali, ia adalah kita manusia.
Saya percaya orang ramai tidak boleh membuat sesuatu yang baik tanpa mengembangkan kemahiran dan teknik-teknik asas bagi mencipta sesuatu dengan tangan. Untuk membuat perkara yang lebih baik, kemahiran tangan adalah asas untuk monozukuri (perbuatan membuat sesuatu, atau “ketukangan”) dalam Nissan.
Monozukuri memberikan saya kegembiraan, kesakitan dan juga penderitaan – namun ia masih perkara yang paling menyeronokkan dalam hidup saya.
Kita mesti mengambil pelajaran dari rakan-rakan kanan kami dan berkongsi dengan tim dan generasi akan datang kita. Kita tidak boleh menyimpan kemahiran ini untuk diri kita sendiri sahaja, tetapi harus menyerahkannya turun-temurun kepada orang lain. ”
No Comment