Icona Vulcano Titanium 1000hp Akan Diperkenalkan
Icona, sebuah syarikat supercar Itali yang berpusat di China akan mempamerkan satu hypercar laju baru di Pebble Beach Concours d’Elegance yang akan datang. Ianya dipanggil Vulcano Titanium, dan walaupun ia mula diperkenalkan pada tahun 2013 sebagai hibrid, pengenalan semula ini melihat kereta yang ini dikuasakan oleh enjin petrol.
Enjin petrol yang mana? Tidak lain dan tidak bukan ialah V8 6.2 liter yang memberi kuasa kepada C6 Corvette ZR1. Itulah enjin yang diperkatakan oleh pihak pengilang bahawaianya mampu mengeluarkan lebih dari 1000PS!
Vulcano Titanium ini adalah sedikit berat, seberat 1600kg walaupun pembinaannya mengunakan titanium dan karbon fiber. Semua kuasa akan dipergunakan kerana ianya dilapurkan boleh mencapai kelajuan tertingginya sehingga 354km/h dan mampu memecut kepada 100 masa dalam 2.8 saat sahaja!
Ketahui lebih lanjut mengenai kereta ini bulan depan.
No Comment