Shinya Ikeda Diumum CEO Baharu Mitsubishi Motors Malaysia
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini mengumumkan pelantikan Shinya Ikeda sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharunya. Beliau menggantikan Tomoyuki Shinnishi yang memegang jawatan tersebut sejak Oktober 2016.
Ikeda sebelum ini merupakan Pengurus Besar di Mitsubishi Corporation di Jepun sejak 2019. Beliau menyertai Mitsubishi pada 2008 dan tugas pertama beliau adalah untuk menguruskan pelaburan perniagaan automotif di Malaysia.
Seterusnya, dari Mac 2009 hingga Mei 2012, Ikeda diberi tanggungjawab untuk memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Kewangan dan Pengurus Besar di MMM.
Selain itu, Ikeda juga pernah menyandang pelbagai jawatan dalam bidang automotif dan kewangan bersama Mitsubishi Corporations di Jepun, Indonesia, Rusia dan Jerman.
“Saya berasa amat teruja untuk menyertai pasukan Mitsubishi Motors Malaysia. Syarikat ini telah banyak berkembang dan kini telah menjadi salah jenama automotif terkemuka di negara ini,” kata Ikeda.
“Seperti yang diumumkan oleh Mitsubishi Motors Corporation (MMC) dalam pelan perniagaannya sebelum ini, MMC akan terus memfokuskan kepada pasaran ASEAN, khususnya Malaysia yang dianggap salah satu pasaran terpenting di dunia untuk memperluaskan kehadiran jenama Mitsubishi.”
Di bawah kepimpinan Shinnishi, MMM memperkenalkan beberapa model baharu termasuk Trion dan XPANDER yang dinobatkan sebagai MPV bukan nasional nombor satu di Malaysia. Bukan itu sahaja, Mitsubishi Motors juga menjadi salah satu daripada tiga jenama bukan nasional teratas di negara ini.
No Comment