Model Terkini BMW X6 M Dilancarkan Pada Harga RM1,238,800
BMW Group Malaysia hari ini memperkenalkan generasi kedua pacuan semua roda prestasi tinggi Sports Activity Coupé (SAC), BMW X6 M baharu, yang sekali lagi akan menetapkan standard dalam segmennya dengan reka bentuk yang sangat emotif, kuasa unggul dan prestasi dinamik serta kecekapan yang luar biasa.
Pada teras BMW X6 M baharu terletak enjin BMW yang paling berkuasa dibangunkan untuk kenderaan pacuan semua roda setakat ini.
Yang baru, terutama enjin responsif 4.4-liter V8 Kuasa Berkembar Turbo M yang menghasilkan 575hp-20hp lebih daripada sebelumnya – dan peningkatan sepuluh peratus tork kepada 750 Nm. BMW X6 M baharu juga membawa kuasa pecutan dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 4.2 saat.
Walaupun dengan prestasi yang baik ini, penggunaan bahan api dan pelepasan C02 telah dikurangkan sebanyak lebih daripada 20 peratus kepada hanya 11.1l/100km dan 258g/km.
Harga anggaran pasaran (atas jalan raya, tanpa insurans dengan 5 Tahun Jaminan Perjalanan Tanpa Had BMW Malaysia dan Percuma Program Perkhidmatan Berjadual) daripada BMW X6 M baharu adalah RM 1,238 800.00
No Comment