Pandu Uji Kenderaan Mitsubishi Tanpa Kehadiran Jurujual
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akan mula menawarkan pilihan sesi pandu uji tanpa ditemani oleh perunding jualan untuk pelanggannya di Lembah Klang.
Menurut syarikat itu, pilihan ini diberikan disebabkan permintaan yang tinggi untuk trak pikap Triton Athlete dan XPANDER di Lembah Klang. Namun, memandangkan kes aktif COVID-19 yang masih tinggi, syarikat itu membuat keputusan untuk menawarkan pandu uji sama ada dengan atau tanpa kehadiran perunding jualan.
Untuk membuat janji temu, pelanggan hanya perlu melayari laman web rasmi MMM dan hantara permohonan untuk pandu uji. Kakitangan MMM akan menghubungi pelanggan untuk mengesahkan janji temu dan mengatur penghantara kenderaan pandu uji ke lokasi pilihan pelanggan.
Sebelum dihantar kepada pelanggan, kakitangan MMM akan mensanitasi kenderaan dan menyediakan maklumat mengenai produk. Pelanggan diberikan tempoh satu jam untuk memandu uji sebelum menyerahkan kembali ke lokasi yang sama.
Shinya Ikeda, Ketua Pegawai Eksekutif MMM berkata, “Ketika negara bergerak ke era endemik, hidup dengan COVID-19 dan SOP adalah cabaran norma baharu yang kita perlu lalui. Sebagai sebuah syarikat, kami perlu menyesuaikan perniagaan kami untuk memastikan pelanggan kami selamat. Oleh itu, kami menawarkan pilihan pandu uji tanpa pengiring untuk pengalaman pembelian yang tenang.”
No Comment