CNY: GoCar Tawar Diskaun 30% Untuk ‘Share Round Trips’
Penyedia platform mobiliti-sebagai-servis iaitu GoCar Malaysia hari ini mengumumkan promosi sempena sambutan Tahun Baru Cina di mana pelanggan dapat menikmati diskaun 30% ke atas GoCar Share Round Trips.
Tawaran ini bermula dari sekarang hingga 11 Februari 2022 dan sah untuk keseluruhan flit perkongsian kereta GoCar untuk tempahan pergi balik sahaja. Kadar yang dikenakan bermula serendah RM68 sehari (terhad kepada RM80) dan termasuk perbatuan tanpa had.
Ahli-ahli GoCar boleh menebus tawaran musim perayaan ini dengan menggunakan kod promo “GOHUAT” pada bahagian pembayaran dalam aplikasi mudah alih GoCar. Kod promo tersebut hanya boleh digunakan sekali untuk tempahan minimum tiga hari dan ke atas.
Sementara itu, pengguna baharu GoCar boleh mendaftar menerusi aplikasi mudah ahli dengan yuran keahlian seumur hidup sebanyak RM20. Keahlian terbuka kepada semua pemandu berumur 18 tahun ke atas, termasuk pemegang lesen P.
“Di GoCar, kami sentiasa mencari jalan untuk memberikan lebih nilai kepada pengguna kami dan kami berharap promosi Tahun Baru Cina ini dapat memberikan penjimatan dan ketenangan minda,” kata Wong Hoe Mun, Ketua Pegawai Eksekutif GoCar Malaysia.
No Comment