Selamat Harijadi Duta Mazda Roadster MX-5 Nobuhiro Yamamoto
Anda mungkin tidak pernah mendengar mengenai Nobuhiro Yamamoto. Beliau ialah bekas Pengurus Program Mazda MX-5 dan kini Duta Roadster.
“Motto kami adalah untuk membina ‘Sebuah kereta yang akan mengembirakan semua.’ Dan ini adalah ciri yang menentukan roadster NA apabila ia dilahirkan pada tahun 1989. Kami sangat berbangga bahawa sehingga ke hari ini ramai yang masih kelihatan lebih dari gembira memilikinya dalam hidup mereka, memperlakukannya hampir seperti ahli keluarga.” kata Nobuhiro Yamamoto.
31 Januari 2022, adalah hari lahir Nobuhiro Yamamoto dan kami mengucapkan selamat harijadi, panjang umur dan murah rezeki kepada agar beliau terus menggerakkan pengeluaran semula alat ganti Mazda klasik untuk pemilik menikmati memandu kereta mereka.
Terdapat komuniti global pemilik roadster Mazda MX-5 yang semakin ramai dan di Malaysia komuniti itu lebih kuat berbanding sebelum ini. Walaupun ramai yang inginkan Efini dan Savanna, roadster MX-5, terutamanya model pertama yang diperkenalkan pada tahun 1989 kekal sebagai yang terbaik untuk dimiliki dan dipandu (jika anda benar-benar peminat kereta).
Ia bukan mengenai penghantaran kuasa atau pemanduan mewah, ia adalah tentang ‘memandu selekoh tanpa ragu-ragu’! Kami boleh mengatakan ini kerana kami boss kami ada sebuah roadster asas MX5 manual dalam simpanan lebih daripada dua dekad sudah.
Mazda berkongsi semangat yang sama untuk mengekalkan model lama yang sangat digemari ini di jalan raya. Dengan itu, pada Disember 2017, perkhidmatan pemulihan roadster NA telah dilancarkan, membantu merealisasikan impian ini.
Skim pemulihan mengambil klasik yang sangat digemari dan mengembalikannya kepada pemiliknya seperti baharu. Pelan pemulihan menyeluruh dilaksanakan di Hiroshima oleh pasukan pakar Mazda yang berdedikasi.
Ia mengambil masa kira-kira dua bulan untuk membaiki kereta sepenuhnya. Mula-mula, segala barangan dan setaip bahagian roadster akan dibuka sepenuhnya, kemudian badan dibawa kikis hingga ke logam kosong dan disembur semula dengan tangan. Komponen casis diperbaharui atau diganti dan bahagian dalaman dipangkas semula, manakala enjin juga dibina semula.
Semua ini direkodkan dalam buku eksklusif yang dihadiahkan kepada pelanggan apabila menerima NA Roadster mereka yang dipulihkan. Walau bagaimanapun, sebelum mana-mana kereta boleh meninggalkan kemudahan itu, setiap kereta dipandu oleh Yamamoto sendiri untuk memastikan ia memenuhi piawaian tepat Mazda.
Program ini pada asalnya dirangka pada November 2015, dengan bantuan pembekal yang menyusun rancangan untuk pemulihan dan pengeluaran semula bahagian roadster NA.
Semasa tempoh percubaan awal, kakitangan di kedai pakar roadster memberi Mazda nasihat yang sangat diperlukan, manakala Kelab Roadster Jepun juga menawarkan sokongan padunya.
Perkhidmatan restorasi, yang kini hanya tersedia di Jepun, telah membolehkan Mazda bekerja lebih rapat dengan peminat. Dengan terus menghasilkan alat ganti tulen, Mazda menunjukkan keinginannya untuk memenuhi jangkaan peminat roadster. Dan, yang paling penting, ia adalah jenama yang memahami dan menghargai ikatan uniknya dengan pelanggannya.
Perkhidmatan pemulihan roadster NA adalah lebih daripada sekadar pembaikan. Dengan setiap pemulihan, Mazda memberi nafas baharu kepada kereta. Ia memberikan Mazda rasa kepuasan dan keseronokan yang hebat melihat pelanggan gembira memandu roadster mereka yang dipermudakan semula yang mereka rasa ‘lebih cantik dari sebelumnya’.
Mazda akan terus menambah baik dan mengemas kini perkhidmatan pemulihannya dan berharap meraikan NA roadster bersama-sama pemilik yang sayangkan kereta itu selama bertahun-tahun yang akan datang.
No Comment