Suzuki Lancar Edisi Terhad Swift RR2
Suzuki Malaysia Automobile secara rasmi melancarkan edisi terhad SUZUKI Swift RR2, berikutan pelancaran facelift terbaru menyeronokkan compact hatch paling laris, SUZUKI Swift.
Terkenal sedunia kerana prestasi dinamiknya di jalan raya dan pengendalian berkemampuan, kereta kompak B-segmen yang telah disegarkan boleh didapati dalam empat varian – GA, GL, GLX dan kini RR2 edisi terhad.
Keempat-empat model berenjin petrol 1.4 liter dengan keluaran maksimum 95PS (70kW) / 6,000rpm dan menawarkan kebolehan memusing hanya 5.2m minimum, menjadikannya city compact yang sempurna. Pemandu juga boleh berharapkan pelbagai ciri-ciri Swift standard seperti kapasiti tangki bahan api besar dengan 42L.
Edisi terhad RR2 berharga RM69,888 bagi Semenanjung Malaysia dan RM72,524 di Sabah dan Sarawak.
New SUZUKI Swift GA boleh didapati daripada RM58,227.10 bagi Semenanjung Malaysia. Semua harga runcit adalah On The Road (OTR) termasuk GST, tetapi tidak termasuk insurans.
Jadi tunggu apa lagi untuk bersenang? Untuk berita lanjut dan maklumat terkini mengenai Suzuki Malaysia Automobile, layari www.suzuki.net.my, cari media sosial hashtag # SwiftFUN365 ikuti Facebook Page SUZUKI Malaysia (Suzuki Malaysia), atau ikuti Twitter (suzukimalaysia) dan Instagram (SuzukiMalaysia).
No Comment