BMW Memanggil Balik 1.03 Juta Kereta Kerana Risiko Kebakaran Enjin
Adakah pemilik BMW akan mendapat panggilan balik ini sebelum kereta mereka hangus?
Berita dari Reuters melaporkan bahawa BMW akan memanggil balik 1.03 juta kereta mereka di seluruh dunia kerana potensi risiko kebakaran, kata pengeluar kereta Jerman itu pada hari Rabu. Ini merupakan penarikan balik ketiga BMW berhubung isu yang sama sejak 2017.
Penarikan balik baharu itu melibatkan banyak kenderaan yang dibina antara 2006 dan 2013, termasuk beberapa model 1 Series, 3 Series, X3, 5 Series, X5 dan Z4 , kerana heater untuk positive crankcase ventilation valve (PCV) mungkin short-circuit dan mungkin meningkatkan risiko kebakaran.
Penarikan balik baharu ini termasuk 917,106 kenderaan di Amerika Syarikat, 98,000 di Kanada, dan 18,000 di Korea Selatan, kata BMW. Nampak gayanya penarikan balik itu khusus untuk model pacuan kiri dan mungkin kenderaan yang dihasilkan di kilang Amerika Utara.
Penarikan balik itu menggantikan dan memperluaskan penarikan balik BMW pada 2017 dan 2019 yang masing-masing melibatkan 740,000 dan 184,000 kenderaan A.S.
Banyak kenderaan yang dibaiki di bawah penarikan balik sebelum ini memerlukan pembaikan baharu, yang kini sedang dibangunkan, kata BMW, sambil menambah bahawa remedi dan inventori alat ganti yang mencukupi dijangka menjelang pertengahan 2022.
BMW berkata beberapa kenderaan yang ditarik balik sebelum ini tidak dilindungi oleh panggilan semula baharu ini kerana ia dihasilkan dengan reka bentuk pemanas injap PCV yang dipertingkatkan.
Penarikan semula baharu ini adalah kerana beberapa siri laporan kebakaran dalam kenderaan BMW yang ditarik balik sebelum ini yang telah dibaiki. BMW berkata siasatannya menunjukkan isu pengeluaran pembekal boleh menyebabkan kerosakan PCV valve heater.
Pembuat kereta itu berkata mereka tidak tahu sama ada, ada sebarang kemalangan atau kecederaan yang berkaitan dengan penarikan balik terkini.
Kata mereka, pemilik tidak perlu berhenti memandu sementara menunggu pembaikan penarikan balik ini, tetapi harus berhenti memandu jika mereka nampak asap dari kawasan berhampiran ruang enjin, atau terhidu asap atau bau plastik terbakar.
Adalah sangat menenangkan untuk mengetahui bahawa akan ada satu pengesahan visual sebelum pemilik BMW ini perlu keluar dari kereta mereka dan memastikan orang tersayang mereka, mungkin juga kanak-kanak dalam baby seat belakang dikeluarkan jauh dari kereta yang ‘smoking’ itu.
No Comment