Ketua Pegawai Eksekutif Volkswagen, Winterkorn Letak Jawatan
CEO Volkswagen Martin Winterkorn baru sahaja meletakkan jawatan, Rabu ini, mengambil tanggungjawab penipuan ujian pelepasan AS pembuat kereta Jerman itu dalam skandal terbesar dalam sejarah 78 tahunnya. “Volkswagen memerlukan permulaan yang baru, juga dari segi kakitangan. Saya sedang membuka jalan untuk permulaan ini agar segar dengan peletakan jawatan saya, ” kata Winterkorn dalam satu kenyataan. Beliau berkata beliau terkejut dengan peristiwa beberapa hari lepas, di atas semua salah laku yang pada skala yang besar-besaran telah dilakukan di syarikat itu.
Satu jawatankuasa eksekutif lima anggota telah dosoal siasat Winterkorn, 68, sejak pagi di ibu pejabat syarikat itu di Wolfsburg, Jerman. Syarikat itu di bawah tekanan yang besar untuk mengambil tindakan tegas, dengan sahamnya yang nilai menurun lebih daripada 30 peratus sejak krisis berlaku, dan berita buruk masih mendatang.
Jumlah enjin diesel kurang daripada 3 peratus daripada kereta-kereta baru yang dijual di Amerika Syarikat tetapi separuh daripada kereta di Eropah, di mana kerajaan-kerajaan telah menggalakkan penggunaannya untuk memenuhi sasaran penjimatan bahan api dan gas rumah hijau. Hujah jualan mereka yang paling besar adalah ekonomi bahan api dan pelepasan karbon rendah berbanding dengan enjin petrol standard. Tetapi mereka juga mengeluarkan lebih nitrogen dioksida, gas toksik dipersalahkan kerana masalah kesihatan.
No Comment