Pra-Tempah GoCar Untuk Raya Agar Tidak Melepas
Eksodus ‘Balik Kampung’ tidak lama lagi. Pratempah kenderaan dengan GoCar dan pandu pulang dengan bergaya.
Cuti Raya yang akan datang dijangka menjadi penghijrahan mbesar-besaran dari bandar-bandar besar selepas dua tahun larangan. Jika anda sedang mencari kereta persendirian untuk mengelak daripada pulang menaiki bas, kereta api atau kapal terbang balik kampung ini, kenapa tidak sewa kereta saja dengan GoCar.
GoCar Malaysia menawarkan tambahan hari penggunaan secara percuma, jadi jika anda bercadang untuk pulang ke rumah selama 4 hari, anda hanya membayar untuk tiga hari sewa. Anda hanya perlu menggunakan kod promosi “GETRAYAREADY”. Selain itu, 50 pelanggan pertama yang membuat tempahan akan mendapat payung GoCar percuma.
Kempen bermula 1 April hingga 10 Mei 2022, tetapi perjalanan boleh dibuat sehingga 30 Jun 2022.
Berikut ialah siaran media GoCar dengan maklumat lanjut serta terma & syarat tawaran.
Kenyataan Media
Dengan negara mula beralih ke fasa endemik COVID-19, pasti ramai yang sudah merancang untuk balik ke kampung atau mengambil cuti pendek sepanjang musim perayaan Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi.
Mereka yang tidak mempunyai kereta dan masih bimbang untuk menaiki pengangkutan awam boleh lebih tenang dengan satu alternatif mobiliti peribadi menerusi GoCar Malaysia.
Pelanggan juga boleh mengambil kesempatan melalui promosi Raya GoCar untuk menikmati lebih banyak penjimatan. Ditawarkan ke atas GoCar Round Trips, pelanggan yang membuat tempahan selama dua hari dan menggunakan kod promo “GETRAYAREADY” sepanjang tempoh kempen akan menikmati penggunaan percuma untuk satu hari lagi. Bukan itu sahaja, 50 pelanggan pertama yang membuat tempahan juga akan menerima sekaki payung GoCar yang eksklusif secara percuma.
Lebih menarik lagi, GoCar Round Trips hadir dengan perbatuan tanpa had dan terbuka kepada semua pemandu yang mempunyai lesen memandu Malaysia atau antarabangsa yang sah, termasuklah lesen P.
Kod promo yang hanya sah digunakan sekali bermula 1 April hingga 10 Mei 2022, tetapi pelanggan boleh melakukan perjalanan sehingga 30 Jun 2022. Mereka yang berminat digalakkan supaya membuat tempahan GoCar lebih awal sebelum Raya bagi mengelakkan daripada kecewa dan tiada kereta untuk dipandu. “Bak kata pepatah Melayu, ‘sediakan payung sebelum hujan’, kami harap kempen GETRAYAREADY akan dapat membantu pelanggan untuk
bersedia meraikan musim perayaan kali ini. Kami memohon supaya pelanggan membuat tempahan seawal mungkin sebelum Hari Raya bagi memastikan mereka mempunyai kenderaan untuk balik beraya. Mereka juga tidak perlu risau lagi untuk beratur panjang atau tiket habis, selain lebih selamat berbanding menaiki pengangkutan awam,” kata Ketua Pegawai Eksekutif GoCar Malaysia, Wong Hoe Mun.
Untuk menempah GoCar Share Round Trip dan menggunakan kod “GETRAYAREADY”, download aplikasi mudah alih GoCar.
Maklumat lanjut mengenai GoCar Share dan GoCar Malaysia, sila layari https://hi.gocar.my atau ikuti saluran Facebook, Instagram, YouTube dan Twitter GoCar Malaysia.
No Comment