Gaya Hidup / Lifestyle

Shaziman Transport & Bank Simpanan Nasional Juara Pertandingan Pemandu Scania Paling Mencabar

Sepang, 1 Oktober, 2015 – Setelah 16 finalis daripada kategori bas dan trak sengit bersaing dalam pertandingan memandu peringkat akhir yang paling mencabar dalam sejarahnya, Saiful Nizam Abd Aziz dari Bank Simpanan Nasional Malaysia dan Abdul Aziz Amir dari Shaziman Transport Sdn Bhd, Malaysia, muncul sebagai juara Pertandingan Pemandu Scania 2014/2015 Malaysia-Singapore (SDC).

CSW_9429

“Matlamat pertandingan ini adalah untuk memberi pengiktirafan dan menaikkan taraf kepakaran pemandu bas dan trak dari aspek keselamatan, penjimatan bahan api dan pemanduan mesra alam,” kata Marie Sjödin Enström, Pengarah Urusan Scania Asia Tenggara, Scania Malaysia dan Scania Singapura, “kerana pemandu merupakan asset terpenting bagi sesebuah syarikat pengangkutan.”

CSW_9850 (2)

Setiap juara tersebut memenangi hadiah tunai sebanyak RM10,000, trofi kejuaraan dan sijil pencapaian. Syarikat mereka turut diganjarkan baucer perkhidmatan Scania bernilai RM5,000. Cabaran yang dilalui ke arah kemenangan cemerlang itu termasuk ujian pemanduan menjimat bahan api, ujian pemanduan defensif, ujian ketepatan “Knock-the-Cone-and-Head” dan juga ujian atasi halangan “Broadwalk”.

CSW_0485

Michelin Malaysia kembali sebagai Penganjur Utama, dan diperhatikannya kesedaran dan penerimaan SDC oleh syarikat-syarikat pengangkutan di Malaysia dan Singapura semakin meningkat.

“Pertandingan Pemandu Scania 2014/2015 merupakan landasan berprestij untuk Michelin mempamerkan kehebatan tayar keluarannya dari segi keselamatan, keselesaan dan ketahanan. Ciri-ciri tersebut menyumbang kepada penjimatan bahan api yang boleh diterjemahkan kepada pemanduan yang efisien dan mesra alam,” kata Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Chandan Thakur.

CSW_0250

Peserta peringkat akhir dipilih daripada 1,005 calon dari Malaysia dan Singapura yang telah mengambil bahagian dalam ujian teori peringkat permulaan. Angka ini perlihatkan peningkatan jumlah penyertaan sebanyak 50% berbanding tahun lepas. Mereka dikehendaki menjawab soalan subjektif dan objektif meliputi perkara undang-undang dan peraturan lalu lintas, teknik pemanduan jimat bahan api dan selamat, risiko kerjaya pemandu dan amalan kesihatan, serta tindakan kecemasan.

CSW_9627

Peserta akhir terdiri daripada:

Kategori Trak

1) Kamarul Anuar Ropiae – MISC Bhd, Malaysia

2) M.Govintha Raj – Trinity Transport Sdn Bhd, Malaysia

3) Ahmad Othman – Syarikat Logistik Petikemas Sdn Bhd, Malaysia

4) Abdul Aziz Amir – Shaziman Transport Sdn Bhd, Malaysia

5) Putera B Jaya – B.S.S.K Transport & Services Sdn Bhd, Malaysia

6) Lim Leet Heng – Toll Logistics, Singapura

7) Yap Foo Yong – Toll Logistics, Singapura

8) Amairrudin Ali – Leighton Asia, Singapura

Kategori Bas

1) Shahmunir Nordzahir – persendirian, Malaysia

2) Ramli Ab Rashid – Konsortium E-Mutiara Berhad, Malaysia

3) Mohamad Farli Mohd Amin – Sani United Sdn Bhd, Malaysia

4) Saiful Nizam Abd Aziz – Bank Simpanan Nasional, Malaysia

5) Mohd Helmi Ramli – Cosmic Angle Travel & Tours Sdn Bhd, Malaysia

6) Ab Rahman Awang – Konsortium E-Mutiara Berhad, Malaysia

7) Ghazali Shafie – Rapid Penang Sdn Bhd, Malaysia

8) Mohd Ridzuan Abdul Rahman – persendirian, Malaysia

Sejak pelancarannya pada 2003, Pertandingan Pemandu Scania telah berkembang maju di 50 negara dengan mendapat penyertaan daripada 200,000 pemandu.

“Pertandingan Pemandu Scania menyambut ulang tahun kesepuluh tahun ini dan Scania Malaysia dan Scania Singapura ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan kegembiraannya dapat bekerjasama dengan JKJR, MIROS dan Kedutaan Sweden buat kali keempat demi meningkatkan kesedaran keselamatan di jalan raya,” tambah Marie.

CSW_1055

 

 

Previous post

Keseronokan Trackside Untuk Pemenang Pemenang Shell Advance

Next post

Volkswagen Touran Kini Terdapat Dengan R-Line Packaging

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *