Tonton Filem Hari Raya 2022 UMW Toyota, ‘Kota Raya’
Filem Hari Raya tahun ini daripada UMW Toyota ada menyentuh perasaan sedikit.
Selepas dua tahun tidak dapat pulang semasa musim Raya, penghijrahan tahun ini dari bandar-bandar utama dijangka menjadi lebih besar berbanding sebelum ini.
Walaupun begitu, masih ada beberapa orang muda tertentu yang akan mencari alasan untuk tidak pulang. Filem Hari Raya daripada UMW Toyota ini menyentuh segelintir daripada mereka ini. Tonton di sini:
SIARAN MEDIA
UMW Toyota Motor baru-baru ini telah melancarkan kempen Ramadan Raya mereka dengan tema ‘Bersama Lebih Bermakna’. Bagi meneruskan sambutan di seluruh negara, Toyota juga baru melancarkan filem Pendek Aidilfitri bertajuk ‘Kota Raya’.
Diilhamkan daripada hubungan kekeluargaan, ‘Kota Raya’ memaparkan suka duka yang dihadapi golongan milenial di kota. Selepas dua tahun tidak dapat meraikan lebaran bersama keluarga pastinya menimbulkan rasa kerinduan. Kali ini ramai yang tidak sabar-sabar meluangkan masa untuk beraya bersama-sama . Filem pendek ini dibintangi oleh Aedy Ashraf sebagai Aidil, manakala Amerul Affendi pula memainkan watak Fitri. Turut menampilkan cameo Duta Toyota Gazoo Racing dan Toyota Yaris, Janna Nick sebagai Aqilah. ‘Kota Raya’ boleh ditonton mulai Selasa, 26 April menerusi YouTube dan platform media sosial lain.
“Sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini pasti lebih ceria kerana semua orang berpeluang untuk pulang berhari raya di kampung. Kami di Toyota mengalu-alukan kedatangan pelanggan kami ke semua pusat servis kami untuk menyenggarakan kereta mereka sebelum pulang ke kampung halaman. Perayaan kali ini semestinya disambut bersama keluarga, setelah pulang beraya di kampung tidak dibenarkan dalam tempoh dua tahun lepas. Sudah tentu seronok untuk melihat semua orang kembali beraya bersama keluarga,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran. K.
Sempena sambutan ‘Bersama Lebih Bermakna’, semua peminat Toyota dijemput menyertai
peraduan ‘Pandu Uji dan Menang Duit Raya’ yang boleh disertai dari sekarang hingga 1 Mei 2022. Setiap pandu uji yang dilakukan membolehkan pemandu mengambil bahagian dalam peraduan dan memenangi ‘duit raya’ bernilai RM100, manakala pandu uji yang disusuli oleh tempahan yang berjaya akan melayakkan pemilik Toyota peluang menerima duit raya RM200. Sejumlah 30 pemenang akan dipilih setiap minggu.
Demi membawakan sambutan ‘Bersama Lebih Bermakna’ lebih dekat dengan pelanggan,
UMW Toyota Motor telah menganjurkan acara Hujung Minggu Ramadan di semua pusat
pameran dan jualan baru-baru ini. Lebih daripada 4,000 pelanggan Toyota menikmati tawaran hebat di samping pelbagai ganjaran nilai tambah lain di bilik-bilik pameran Toyota di seluruh negara. Suasana perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang sudah pasti dirasai oleh ramai pelanggan, sebagai salah satu daripada aktiviti yang boleh kita nikmati bersama selepas sabar mengharungi pandemik.
Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ‘Pandu Uji dan Menang Duit Raya’, sila layari laman web Toyota: https://toyota.com.my/
No Comment