Road Tour Toyota WOW Kembali Untuk Larian Ke 2
Selepas kejayaan Toyota WOW Road Tour pertama awal tahun ini, UMW Toyota Motor membuat pusingan kedua pejelajahan ini untuk tawaran terbaik untuk pelanggan. Bertemakan ‘WOW is Back 2 Excite, Toyota WOW Road Tour akan bermula 10 Oktober lalu di Pulau Pinang dan akan berakhir di Sabah pada 15 November.
Di Toyota WOW Road Tour ini, pelanggan yang membeli mana-mana kenderaan Toyota akan mendapat baucar eService RM500 dan berpeluang untuk memenangi Toyota Camry Hibrid. Pemilik Toyota juga boleh dapatkan permeriksaan secara percuma dengan ujian 38 mata.
Toyota WOW Road Tour akan datang kepada anda dalam tempoh dua bulan akan datang. Ikuti keseronokannya di jadual berikut:
Tarikh: | Tempat | Masa |
10-11 Oct | Juru Auto City, Penang | 11am – 11pm |
23-24 Oct | RTC-TEMAN, Kota Bharu, Kelantan | 10am – 10pm |
24-25 Oct | Linear Park, Johor Bahru | 10am – 10pm |
7-8 Nov | Setia City Convention Centre, Shah Alam | 10am – 10pm |
7-8 Nov | Padungan Community Hall, Kuching, Sarawak | 10am – 8pm |
14-15 Nov | Sabah Trade Centre, Kota Kinabalu | 10am – 8pm |
No Comment