Gaya Hidup / Lifestyle

RM60 Juta Hasil Dari NAZA World Auto-Mania

Walaupun jerebu, rakyat Malaysia berpusu-pusu ke NAZA World Auto-Mania untuk melihat dan membeli beberapa kenderaan yang paling menakjubkan yang terdapat di pasaran. Dengan pelbagai promosi dan aktiviti untuk seisi keluarga selama tiga hari, pameran  NAZA eksklusif World Auto-Mania telah menghasilkan kira-kira RM60 juta jumlah jualan.

Auto-Mania_008

 

Pameran automotif ini diadakan di NAZA World Automall, Petaling Jaya, 2 hingga 4 Oktober 2015. NAZA World Auto-Mania adalah usaha sama antara banyak jenama syarikat-syarikat NAZA World. Dua belas jenama automotif dipamerkan termasuk Ferrari, Maserati, Brabus, Chevrolet dan banyak lagi.  Jenama motosikal antarabangsa terkenal seperti Harley-Davidson, Indian Motorcycle, Victory Motorcycle, Ducati, Aprilia, Vespa dan NAZA Bikes turut juga mengambil bahagian.

Auto-Mania_006

 

Auto-Mania_001

 

Auto-Mania_005

Previous post

Road Tour Toyota WOW Kembali Untuk Larian Ke 2

Next post

Pelajar Design Mencipta Merc SL Gullwing Tanpa Tingkap Concept

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *