Bentley Anda Berkemungkinan Terbakar
Pemilik kenderaan Bentley perlu pandu masuk ke pengedar Bentley mereka untuk memperbaiki isu yang serius dengan kabel baterinya. Yang berkenaan dadalah Bentley Continental GT, GTC dan Flying Spur, Bentley Battery Cable Recall adalah amat penting kerana kabel bateri 12V mempunyai sambungan di mana ia melalui dinding sekat depan di sebelah kanan.
Ada kemungkinan bahawa sambungan ini boleh menjadi longgar pada sebilangan kecil kenderaan. Dalam kebanyakan kes, pelanggan tidak dapat menghidupkan enjin. Walau bagaimanapun, dalam kes-kes yang sangat jarang berlaku, jika bateri dah lama discharge dan kereta itu sedang beroperasi di bawah peningkatan beban elektrik, sambungan elektrik yang longgar boleh terlalu panas semasa kenderaan digunakan. Terlalu panas ini boleh membawa kepada kebakaran kenderaan. Hubungi peniaga Bentley anda hari ini.
No Comment