#SepangClash
#PertempuranSepang. Itulah gelaran # yang diberi oleh kerana gelagat kedua-dua johan pelumba MotoGP ini di Litar Sepang Ahad lalu. Movistar Yamaha Valentino Rossi lawan Repsol Honda Marc Marquez . Dari mula perlumbaan lagi mereka telah bertukar-tukar memimpin dan mengekor sesama mereka hingga lah ke pusingan yang ke tujuh. Di selekoh 14 sebelum Marc Marqueze jatuh Rossi nampak macam tak senang dengan Marquez kerana terlalu dekat dengan nya. Rossi asyik menoleh ke belakang dan nampak macam takut Marquez akan menghulur tangan untuk bersalaman dengannya semasa dalam pertengahan konar baring mereka. Rossi agaknya berfikir, “Sebelum aku jatuh, nyah engkau. Kau jatuh lah dulu.”
Marc Marquez berkata, “Saya nampak kakinya menolak tangan saya dan brek depan saya dan kemudian roda terkunci dan saya jatuh ke depan.”
Valentino Rossi pula berkata, “Saya tidak mahu menendang dia. Jika anda menendang motosikal MotoGP ™, ia tidak akan jatuh. Ia bukan macam menendang basikal. Ia sangat berat. Tetapi malangnya kita tersentuh dia mahu mengubah hala kerana saya konar sangat luas dan handlebarnya di atas kaki saya, paha saya dan saya kehilangan tapak dari footpeg.”
Seluruh dunia nampak macam Rossi menguis kaki nya sedikit ke arah Marquez dan terus terkuis jatuh.
Walau apapun keputusan Race Direction adalah seperti:
Pada 25 Oktober 2015 semasa perlumbaan MotoGP Grand Prix Motosikal Shell Malaysia, pelumba # 46 Valentino Rossi sengaja konar lebar di Turn 14 untuk memaksa pelumba lain keluar barisan, menyebabkan sentuhan dan menyebabkan pelumba lain untuk kemalangan.
Ini dianggap sebagai menunggang secara tidak bertanggungjawab menyebabkan bahaya kepada pelumba lain dan oleh itu melanggar Perkara 1.21.2 FIM Road Racing World Championship Grand Prix Regulations.
Valentino Rossi telah diminta untuk menghadiri pendengaran Race Direction. Kedua-dua pelumba yang terlibat hadir dalam pendengaran itu, kedua-duanya memberikan kesaksian, dan bukti video telah dikaji semula.
Keputusan Race Direction adalah untuk menjatuhkan hukuman ke atas pelumba # 46 dengan penambahan 3 mata penalti pada rekodnya, mengikut Perkara 3.2.1. Kod FIM Road Racing World Championship Grand Prix Disciplinary & Arbitration.
Valentino Rossi mengemukakan rayuan kepada Steward FIM terhadap keputusan Race Direction. Beliau telah diminta untuk menghadiri perbicaraan lain dengan Steward FIM.
The steward FIM sebulat suara mengesahkan penalti yang dikenakan oleh Direction Race.
Menurut kepada Rencana. 3.4.2.2 FIM Road Racing World Championship Grand Prix Regulations tiada rayuan selanjutnya boleh dibuat apabila FIM steward mengesahkan keputusan sebelumnya Race Direction.
Kerana penunggang sudah mempunyai 1 mata penalti sebelum ini dan dengan 4 mata penalti yang telah terkumpul penunggang akan memulakan perlumbaan seterusnya dari belakang grid. Oleh itu Valentino Rossi akan memulakan Gran Premio Motul de la Communitat Valenciana dari kedudukan terakhir grid.
Walau apa pun, sekali lagi, MotoGP Shell Malaysia di Sepang International Circuit Malaysia tidak mengecewakan. Penuh dengan keseronokan dan keghairahan.
No Comment