Gaya Hidup / Lifestyle

Isuzu D-Max Raikan Sambutan Jubli Borneo Safari

Acara off-road terkenal di Asia, Borneo Safari bermula awal pagi ini dengan Isuzu D-Max mengetuai konvoi lebih 250 kenderaan untuk masuk ke kawasan hutan belantara Sabah. Acara ini akan berakhir dalam masa selama lapan hari.

Dilepaskan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun di Kota Kinabalu, acara kali ke-25 pada tahun ini bakal menempuh laluan mencabar di kawasan tanah tinggi berhampiran Tenom dan Keningau.

Tahun ini juga menandakan sembilan tahun berturut-turut rakan media boleh mengharapkan kepada Isuzu D-Max yang boleh dipercayai. Trak pikap ini akan membawa mereka lebih hampir dengan cabaran secara lebih efektif dan selesa.

DSC_3338 (1280x852)

“Selama hampir sedekad, rakan-rakan media dapat mengiuti perkembangan acara dari dalam kabin kenderaan rasmi media iaitu Isuzu D-Max. Kenderaan ini sudah lama dikenali dan berupaya membuktikan keupayaannya di atas apa jua laluan sukar. Malah, isuzu D-Max sudah menempatkan dirinya dalam Borneo Safari di mana ia amat dipercayai untuk melaksanakan segala tanggungjawab dengan berkesan dan efisien,” kata Pengarah Eksekutif Isuzu Malaysia, Hajime Machimura.

Menerima dua gelaran Kenderaan Terbaik Borneo Safari (Borneo Safari Vehicle of the Year), Isuzu D-Max beraksi cemerlang sebagai sebuah kenderaan standard. Isuzu D-Max menyerlahkan kekuatan dan kemampuan daripada DNA trak yang diwarisinya.

Ia menampilkan reka bentuk platform iGRIP yang telah diuji dan terbukti. Platform ini memberikan Isuzu D-Max kestabilan luar biasa dan dapat menangani sudut condong sehingga 49 darjah dengan yakin.  Enjinnya pula menawarkan hantaran kuasa tork mengagumkan bagi memastikan cengkaman dan kemampuan mendaki bukit yang terbaik. Ini merupakan antara ciri utama sebuah kenderaan 4×4 yang bagus.

Pada tahun ini, Borneo Safari sekali lagi akan menampilkan tiga unit Isuzu D-Max yang membawa konvoi rakan media, sebuah bersesaran 3.0 liter dan dua buah lagi ialah model 2.5 liter.

DSC_3331 (1280x852)

Previous post

#SepangClash

Next post

BMW Group Malaysia Tayang ‘Terbit 23’, sebuah Produksi BMW Shorties oleh  Taufiq Kamal

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *