Penyayang Kereta Takut Dengan Pemotong Rumput
Pemotong Rumput kadangkala merosakkan body kereta kami dan lebih teruk lagi, memecahkan cermin kereta kami.
Selama bertahun-tahun kita ketakutan apabila terpaksa memandu lalu sebelah pemotong rumput yang sedang memotong rumput.
Ya, cuaca panas dan lembap dan mereka tidak dibayar banyak untuk kerja memotong rumput, tetapi selalunya, setelah sampai ke destinasi selepas melalui sebelah pemotong rumput yang berkerja, kita akan dapati panel kami yang berkilat ada bekas kemek terkena batu atau lebih teruk lagi, cat terkelupas.
Sekarang, kami tahu berapa ramai pemilik kereta Malaysia yang menjaga kenderaan dengan baik dengan membelanjakan banyak wang untuk coating dan polish kereta untuk mendapatkan kemasan ajaib cat itu.
Walau bagaimanapun, apabila anda terkena kerosakan yang kecil tetapi menyakitkan mata seperti serpihan batu pada badan kereta anda atau lebih teruk lagi titik kecil yang menunjukkan logam di bawah lapisan cat anda, ia menyakitkan hati dan mata yang sebenarnya memerlukan banyak wang untuk diperbaiki.
Mengecat balik satu panel bermula daripada RM300.00 (untuk cat yang sama padan) hingga setinggi RM1,500 jika anda kebetulan memandu kereta eksotik atau mempunyai kemasan cat yang sangat istimewa.
Bayangkan anda pemilik Rolls Royce atau pemilik Porsche 911 GT3 RM1.7 juta memandu di sepanjang lorong laju Lebuhraya Persekutuan dan melalui salah satu pemotong rumput ini di pembahagi tengah jalan dan terdapat batu kecil yang terbang menembak badan keretanya.
Semasa anda memandu dalam trafik yang bergerak anda akan terdengar bunyi ‘ding’ yang samar-samar (penebat kereta Rolls Royce sangat baik) atau katakanlah anda mungkin berada di dalam sedan Mazda 3 anda yang mempunyai kemasan cat kristal Soul Red premium dan anda mendengar bunyi ‘thunk’ seperti batu menghentam pintu sebelah pemandu anda.
Seram yang menyelubungi fikiran anda sepanjang perjalanan sambil anda tertanya-tanya sedalam mana atau seteruk mana kerosakan itu? Anda tiba di destinasi anda, letak kereta dan memeriksa kerosakan itu.
Apa boleh buat? Bolehkah anda buat tuntutan? Bolehkah anda membetulkan panel yang rosak supaya kelihatan seperti sedia kala? Bagaimana kalau ia berlaku lagi pada bulan berikutnya? Ini adalah situasi yang membimbangkan untuk mereka yang sayangkan kereta mereka.
Jadi, apakah penyelesaiannya? Adakah cara yang lebih baik untuk memotong rumput tepi jalan tanpa merosakkan kereta yang pakir atau yang lalu?
Ada sesiapa yang boleh berkongsi penyelesaian yang boleh digunakan tanpa membebankan majlis bandaran tempatan atau tanpa mempunyai kesan negatif terhadap alam sekitar (rumput dan tanah tidak boleh dicemar).
Walau apapun, kita boleh membuat aduan kepada Majlis Bnadaran tempatan anda. Sistem pengaduan awam untuk Kuala Lumpur klik di sini.
No Comment