Hibrid, Elektrik, Hidrogen

BMW M EV Baharu Memulakan Ujian

Nampak gayanya era baharu kereta M semua elektrik mungkin datang lebih awal daripada yang kita dijangkakan.

BMW M GmbH mengikuti jejak BMW dan bergerak ke arah elektrifikasi kerana mereka telah mengesahkan bahawa mereka telah mula menguji BMW M EV yang disediakan untuk sistem kawalan pemanduan dan casis yang inovatif. Siaran media penuh mereka dilampirkan di sini.

BMW-iX-2022-front-2.0

Konsep BMW M EV ini akan menampilkan empat motor elektrik, satu untuk setiap roda yang akan menjadikan kereta ini pacuan empat roda. Motor ini akan dipadankan dengan sistem kawalan dinamik pemanduan bersepadu yang BMW M GmbH yakin akan “menyediakan tahap prestasi dan pengalaman yang tidak pernah berlaku sebelum ini.”

Bagi mereka yang bimbang BMW M EV ini tidak akan dapat memenuhi kehebatan yang disertakan dengan lencana M, BMW M GmbH menekankan kepakaran pembangunan mereka untuk memastikan sistem pacuan semua elektrik ini adalah dinamik, tepat dan tangkas. Pendek kata, kereta ini layak mendapat lencana M.

Selain itu, ujian BMW M EV ini bertepatan dengan ulang tahun ke-50 BMW M GmbH dan dengan ini, BMW M menyasarkan untuk mengekalkan prestasi yang jelas bagi kereta M masa hadapan mereka sambil menambah elemen baharu untuk menjadikan pemanduan lebih pelbagai dimensi.

Franciscus van Meel, Pengerusi Lembaga Pengurusan BMW M GmbH berkata, “Pada ulang tahun kami, kami bukan sahaja melihat kepada yang lampau, tetapi yang lebih penting, kita juga melihat ke hadapan. Sebelum penghujung tahun, pengeluaran BMW XM, kereta berprestasi tinggi pertama kami yang menampilkan pacuan hibrid V8 M, akan dimulakan.”

“Bersama-sama peminat kami di seluruh dunia, kami juga menantikan penyertaan kami ke dalam kategori LMDh bagi North American IMSA endurance racing series, di mana kami juga akan bersaing dengan enjin turbo hibrid lapan silinder di Daytona dan di acara lain pada 2023, serta dalam siri perlumbaan WEC di Le Mans setahun kemudian.” Dia menambah.

Tidak banyak yang diketahui tentang kereta konsep BMW M EV baharu ini tetapi ia pasti menimbulkan banyak persoalan. Walau bagaimanapun, soalan dan jawapan kita tunggu hingga ke masa yang lain.

Amacam? Bolehkah BMW M EV baharu ini mengikuti jejak papan nama M atau tidak? Kita perlu tunggu dan lihat.

Previous post

Anda Patut Melanggan Kereta EV Untuk Kereta Seterusnya

Next post

Masa Hadapan Top Team Perkhimatan Scania Bakal Muncul

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *