SUV Terpantas Dunia Aston Martin DBX707 Kini Di Malaysia
Harga dari RM1,098,000 sebelum duti, cukai dan option.
Pada Oktober 2020, DBX telah diperkenalkan kepada kita di Malaysia dan harganya adalah RM818,000 sebelum duti dan cukai. Kira-kira 35 rakyat Malaysia menerima penghantaran SUV premium buatan tangan ini.
Dua tahun kemudian, jurutera Aston Martin telah menambahkan ciri dan dinamik ditambahbaik SUV itu. Dan kini lahirlah DBX707 dengan tambahan harga RM280,000.
DBX707 telah dipertingkatkan dalam setiap aspek yang boleh diukur untuk memberikan prestasi yang cemerlang, kemewahan yang tiada tandingan dan estetika abadi; menjadikannya saingan sebenar kepada BMW ‘M‘ dan juga SUV yang diselitkan AMG.
Aston Martin DBX707 mendapat namanya daripada kuasa kuda yang dihasilkan enjin V8 pengecas turbo berkembar 4.0 liternya. Jumlah kuasa enjin V8 telah dinaikkan kepada 707PS dan 900Nm tork terbaik kelas berkat gabungan pengecas turbo ball bearing dan calibration enjin bespoke untuk membebaskan lebih banyak kuasa dan tork daripada enjin V8nya.
Ini menandakan peningkatan ketara sebanyak 157PS dan 200Nm berbanding pendahulunya dan membolehkan DBX707 ini memecut dari 0-100km/j dalam hanya 3.3 saat iaitu 1.0 saat lebih pantas daripada model DBX 2020.
Untuk mengekalkan trajektori DBX707, SUV mewah paling berkuasa di dunia ini dilengkapi dengan tayar Pirelli P ZERO yang telah direka khusus untuknya.
Ditugaskan dengan tanggungjawab menguruskan output terhebat yang direkodkan secara rasmi dalam SUV pengeluaran ialah transmisi automatik 9-kelajuan. Dipasang buat kali pertama dalam DBX, transmisi ‘wet clutch’ dipautkan kepada electronic limited slip rear differential (e-diff) yang telah diperkukuh untuk mengendalikan kesemua 900Nm tork yang tersedia.
Dengan final drive ratio yang lebih pendek iaitu 3.27 (berbanding 3.07 dalam DBX), pecutan DBX707 dalam gear yang lebih rendah ditingkatkan sambil mengekalkan kecekapan dan kehalusan cruising.
Sekarang anda tahu cara Aston Martin DBX707 memecut, berikut di bawah ialah beberapa maklumat prestasi yang lebih berkaitan yang mungkin anda berminat untuk mengetahuinya:
· Fully catalyzed, straight stainless steel exhaust system with GPF filtration and active valve controlled rear twin outlet muffler
· Dual acoustic engine start (quiet start or sport start)
· Electronically controlled exhaust, with independent exhaust control switch
· Variable 32 valve camshaft timing
· 90 degree V8 closed deck aluminum alloy block with Zirconium alloy 32v heads
· Head mounted, twin charge air water coolers
· Lightweight aluminum forged pistons and connecting rods housed within Nanoslide® arc-sprayed, spectacle-honed bores
· Closed coupled catalytic converters, underfloor mounted gasoline particulate filtration, cylinder deactivation, ECO stop/start and automatic alternator regenerative charge cycle management All alloy quad overhead cam, 4.0 liter twin-turbo V8
· Twin “hot-V” mounted turbo chargers
· Front mid-mounted engine with double firewall / bulkhead to cabin
· Compression ratio 8.6:1
· Bore x Stroke: 83mm x 92mm / 3.27″ x 3.62″
· Capacity: 3,982 cm³ / 243 in⁵
· Gasoline direct injection
Jadi, adalah jelas bahawa objektif untuk memadankan prestasi hebat dengan kawalan dan ketepatan yang sempurna, digabungkan dengan watak sukan yang tulen adalah penting dengan DBX707.
Jurutera Aston Martin menggunakan pendekatan tanpa kompromi pada setiap bahagian kenderaan. Enjin, transmisi, suspensi, brek, sistem elektronik dan aerodinamik semuanya tertakluk kepada peningkatan yang meluas dan penalaan yang teliti. Hasilnya ialah sebuah kereta yang menetapkan piawaian baharu dan seterusnya membezakan DBX707 daripada pesaing segmennya.
Aston Martin DBX707 ini kini boleh dilihat dan ditempah di Malaysia dengan harga bermula RM1,098,000 tidak termasuk duti, cukai, option dan penyesuaian.
Seperti model lain yang dijual secara rasmi oleh Aston Martin Kuala Lumpur, DBX707 ditawarkan dengan jaminan lanjutan optional sehingga 20 tahun perlindungan.
Ini melengkapkan pengalaman pemilikan Aston Martin dengan perlindungan seumur hidup kenderaan untuk ketenangan jiwa sepenuhnya, tertakluk pada terma dan syarat.
No Comment