Ford Mula Ujian Di MCity
Ford adalah pengeluar kereta yang pertama menguji kenderaan autonomi di Mcity – simulasi alam sekitar bandar dunia sebenar skala penuh di Universiti Michigan. Kemudahan 32 ekar adalah sebahagian daripada Mobility Transformation Center universiti itu. Ford telah menguji kenderaan autonomi selama lebih daripada 10 tahun dan kini meluaskan ujian ke atas kepelbagaian jalan raya dan kawasan-kawasan perumahan Mcity yang realistik berhampiran Kompleks Penyelidikan Kampus Utara untuk mempercepatkan penyelidikan teknologi penderiaan maju.
No Comment