Berita Auto

Rocket 900 – Hasil Tangan Terbaru Brabus

Dengan 630 hp dan 900 Nm, serta kebolehan untuk mencapai kelajuan 100 km/j dalam hanya 3.2 saat, GT 63 S adalah antara jentera Mercedes-AMG yang berkuasa dan terpantas pernah dihasilkan. Namun bagi Brabus, masih terdapat ruang untuk penambahbaikan, maka terhasilah Rocket 900. Seperti yang tertera pada namanya, jentera berprestasi tinggi …

READ MORE →
Berita Auto

Proton X50 Akhirnya Dilancarkan – Harga Bermula RM79,200

Saat yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Proton X50 telah dilancarkan secara rasmi hari ini sebagai SUV kedua syarikat itu serta model kedua yang dibangunkan bersama Geely. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, X50 ditawarkan dalam empat varian iaitu 1.5T Standard (RM79,200), 1.5T Executive (RM84,800), 1.5T Premium (RM93,200) dan varian tertinggi 1.5TGDi Flagship …

READ MORE →
Berita Auto

BMW M4 Competition x Kith – 150 Unit Habis Dijual

BMW telah memperkenalkan M4 Competition edisi terhad yang direka oleh pemilik jenama fesyen Kith iaitu Ronnie Fieg. Hanya 150 unit akan dihasilkan dan seperti yang dijangka, semuanya telah pun ditempah. Apa yang menjadikan model ini berbeza? Untuk bahagian luaran, lencana M4 Competition pada bahagian belakang digantikan dengan logo Kith, manakala …

READ MORE →
Berita Auto

Youtuber Rusia Bakar Mercedes-AMG GT 63 S Miliknya

Seperti yang kita tahu, pelanggan akan menggunakan pelbagai cara untuk menunjukkan rasa tidak puas hati. Ada yang marah, menengking dan tidak kurang juga ada yang meminta untuk berjumpa dengan pengurus. Namun bagi seorang Youtuber dari Rusia, beliau menggunakan cara yang ekstrem iaitu dengan membakar Mercedes-AMG GT 63 S miliknya yang …

READ MORE →
Berita Auto

Hyundai i20 N Hadir Dengan 204 PS dan Transmisi Manual

Sebulan selepas memperkenalkan i30 N versi facelift, Hyundai kini kembali dengan satu lagi ‘hot hatch’ iaitu i20 N. Model ini satu saiz lebih kecil namun ia menjanjikan tahap keseronokan yang sama dengan enjin turbo yang bertenaga dan casis yang mantap. Bercakap tentang enjin, i20 N tampil dengan enjin turbo 1.6-liter …

READ MORE →
Sukan

Takaaki Nakagami Lanjutkan Kontrak Bersama Honda Racing Corporation

Honda Racing Corporation (HRC) mengumumkan bahawa ia telah mencapai persetujuan dengan pelumba Jepun, Takaaki Nakagami untuk melanjuntkan kontrak untuk beberapa tahun bermula tahun hadapan. Pelumba berusia 28 tahun itu kini bertanding dalam kelas premier MotoGP bersama pasukan LCR Honda IDEMITSU. Beliau memulakan kariernya dalam kelas Moto2 pada tahun 2012. Sejak …

READ MORE →
Motosikal / Skuter / Roda

Ducati Streetfighter V4 Kini Dalam Warna ‘Dark Stealth’

Ducati telah mengumumkan bahawa Streetifighter V4 model 2021 akan tampil dengan beberapa penambahbaikan, termasuk skema warna baharu yang digelar Dark Stealth dan pengiktirafan Euro 5. Streetfighter dalam warna asal Ducati Red sebenarnya sudah cukup jahat, namun jenama Borgo Panigale itu menyerlahkan sisi gelap ‘Fight Formula’ dengan kemasan hitam matte yang …

READ MORE →
Berita Auto

Pusat 3S Isuzu Baharu Dibuka di Taiping

Dengan populariti Isuzu yang semakin meningkat, sebuah cawangan pengedar 3S Isuzu terbaru di Taiping telah dilantik bagi menawarkan lebih banyak kemudahan kepada pelanggan dan perniagaan di sekitar daerah Matang. Dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Koji Nakamura, cawangan yang dikendalikan oleh GB Motors itu terletak di kawasan yang strategik …

READ MORE →
Berita Auto

Sime Darby Auto Selection Lancar Kedai Dalam Talian

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), ramai di antara mereka yang ingin membeli kenderaan terpakai tidak lagi dapat mengunjungi pusat pengedar. Namun dengan pelancaran kedai dalam talian Sime Darby Auto Selection, pelanggan boleh memilih kereta yang sesuai untuk mereka tanpa perlu keluar dari rumah. Kedai dalam talian tersebut mempunyai …

READ MORE →
Motosikal / Skuter / Roda

Yamaha YZF-R15 Kini Dalam Warna Race Blu dan Hitam

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah memperkenalkan dua pilihan warna baharu untuk Yamaha YZF-R15 iaitu Race Blu dan Hitam. Ia dijual pada harga RM19,988 tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran dan insurans. Spesifikasi motosikal ini adalah sama seperti sebelum ini. Ia masih dikuasakan oleh enjin silinder tunggal bersesaran 155 cc yang …

READ MORE →