Toyota Hilux Kini Dengan Aksesori Gazoo Racing
Sementara kita menunggu UMW Toyota Motor melancarkan Toyota Hilux baharu, divisyen sukan permotoran rasmi jenama itu iaitu Gazoo Racing telah memperkenalkan rangkaian aksesori yang membawa penampilan ‘rugged’-nya ke satu tahap yang baharu. Sebagai permulaan, pelanggan di Jepun boleh mendapatkan pakej penggayaan asas yang berharga 305,800 yen (kira-kira RM11,990). Ia merangkumi …
Honda e Terbaik Untuk Pemanduan Bandar
Kereta elektrik Honda e telah dilancarkan di Eropah pada awal bulan ini dan tidak seperti pesaing-pesaingnya yang memfokuskan kepada pemanduan jarak jauh dalam bentuk sedan dan SUV, hatchback kecil ini dibangunkan khas untuk pemanduan urban. Ini boleh dilihat pada baterinya yang mempunyai separuh daripada kapasiti bateri Tesla Model, yang memberikan …
McLaren Tunjuk Casis Gentian Karbon Baharu
McLaren telah mendedahkan casis gentian karbon yang akan digunakan sebagai asas kepada barisan model elektrifikasi dan hibrid jenama itu yang akan datang. Direka khas untuk menampung trenkuasa hibrid, casis tersebut dibangunkan dan dihasilkan sendiri oleh McLaren di fasiliti McLaren Composites Technology Centre (MCTC) di Sheffield yang bernilai £50m (RM276 juta). …
Mugen Hasilkan Pakej Naik Taraf Untuk Honda S660
Hanya beberapa hari selepas memperkenalkan pakej naik taraf untuk Honda Civic hatchback, Mugen kini kembali dengan penawaran untuk Honda S660 pula. Untuk roadster bersaiz mini ini, ‘tuner’ terkenal dari Jepun itu menawarkan splitter hadapan serta skirt sisi lengkap dengan lubang udara pada dapra belakang. Bagaimanapun, lubang tersebut sekadar hadir sebagai …
Kia Sorento Kini Dalam Versi PHEV
Selepas pengenalan rasminya kira-kira enam bulan lalu, rangkaian model Kia Sorento 2021 kini diperkembangkan lagi dengan varian hibrid plug-in (PHEV) baharu yang menawarkan 265 PS dan 350 Nm. Kuasa keseluruhan tersebut dibekalkan oleh gabungan enjin 1.6-liter T-GDi yang menghasilkan 180 PS dan 265 Nm, dan sebuah motor elektrik yang mampu …
Scrambler Icon Dark, Model Ducati Paling Mampu Milik Setakat Ini
Barisan model Scrambler Ducati turut diperkembangkan menerusi pelancaran Scrambler Icon Dark baharu yang kini boleh didapati semua bilik pameran Ducati pada harga hanya RM49,900. Seperti yang tertera pada namanya, model Scrambler terbaru ini menampilkan tema gelap menerusi warna hitam matte yang dipadankan dengan kemasan aluminium pada pelindung tali sawat dan …
Ducati Panigale V4 dan V4 S Tiba di Malaysia
Selain Panigale V2, Next Bike Sdn Bhd turut melancarkan dua lagi model Panigale iaitu Panigale V4 dan V4 S. Model-model superbike flagship ini ditawarkan pada harga RM132,900 dan RM172,900. Panigale V4 dan V4 S bukan sahaja mempunyai pakej aerodinamik sama yang diambil daripada V4R, malah kedua-duanya turut berkongsi enjin 1,103 …
Ducati Panigale V2 Dilancarkan di Malaysia
Next Bike Sdn Bhd telah melancarkan Ducati Panigale V2 baharu yang merupakan pengganti kepada Panigale 959. Ia boleh ditempah di semua wakil pengedar Ducati mulai sekarang dengan harga RM109,900. Selain reka bentuk lebih segar, superbike ‘entry-level’ ini turut mendapat enjin 955 cc, Superquadro V-twin yang diperbaharui yang menjana 155 hp …
Hyundai Kona Bakal Dilancarkan Pada Suku Keempat 2020
Akhirnya, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) mengesahkan bahawa Hyundai Kona akan dilancarkan di Malaysia pada suku keempat tahun ini. Walaupun tarikh rasmi pelancaran masih belum diberitahu, Kona kini telah dibuka untuk tempahan di semua wakil pengedar Hyundai. Tidak seperti Tucson dan Santa Fe, penawaran terbaru HSDM dalam segmen SUV ini diimport …
Honda Vario 150 Kini Dalam Tiga Warna Baharu
Boon Siew Honda telah melancarkan Honda Vario 150 versi 2020 yang didatangkan dalam tiga kombinasi warna baharu iaitu Force Silver Metallic, Pearl Magellanic Black dan Sword Silver Metallic. Turut ditawarkan adalah Edisi Repsol. Selain pengenalan warna-warna baharu tersebut, spesifikasi Vario 150 kekal sama seperti sebelum ini. Ia dikuasakan oleh enjin …