Maserati Levante S 2022 Kini Di Malaysia – RM808,800
Naza Italia secara rasminya melancarkan Maserati Levante S 2022 ke pasaran Malaysia, menampilkan penambahbaikan yang melibatkan aspek reka bentuk, serta sistem infohibur dan bantuan pemandu. SUV berprestasi tinggi itu dijual pada harga RM808,800 termasuk duti, cukai dan juga opsyen, dan hadir dengan waranti selama lima tahun tanpa had perbatuan. Levante …
Honda Malaysia Rai Kejayaan Pengeluaran Ke 1 Juta Unit
Honda Malaysia hari ini meraikan pencapaian bersejarah mengeluarkan 1 juta unit kenderaan di kilang di Pegoh, Melaka, sejak memulakan operasi pemasangan tempatan pada 2003. Unit ke 1 juta itu merupakan Honda Civic RS serba baharu yang dilancarkan ke pasaran baru-baru ini. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka …
Haval H6 PHEV Sedia Masuk Pasaran Thailand
Selepas melancarkan Haval H6 Hybrid di Thailand, Great Wall Motors (GWM) kini akan memperkembangkan rangkaian SUV itu dengan versi hibrid plug-in (PHEV). Model itu telah dikesan oleh CarNewsChina di sebuah pelabuhan, mungkin sedang dalam persiapan untuk dihantar ke Negeri Gajah Putih itu. Bagaimanapun, ini bukanlah kali pertama Haval H6 PHEV …
Roush Performance Hasilkan Naik Taraf Untuk Ford F-150
Menaik taraf Ford F-150 bukanlah satu perkara yang asing bagi Roush Performance. Untuk F-150 generasi semasa, syarikat talaan dari Amerika Syarikat itu tidak ketinggalan menawarkan pakej naik taraf yang melibatkan aspek kosmetik luaran dan dalaman, serta prestasi. Merupakan kesinambungan kepada pakej naik taraf yang diperkenalkan pada tahun lalu, pakej versi …
Tayar Motosikal Michelin Road 6 Kini Di Malaysia
Selain Michelin Pilot Sport 5, Michelin Malaysia turut melancarkan tayar motosikal generasi baharu Michelin Road 6 yang direka khas untuk motosikal roadster, kembara, sport dan grand tourer. Menurut syarikat itu, tayar ini menawarkan penambahbaikan sebanyak 15 peratus dalam cengkaman basah dan sebanyak 10 peratus dalam jangka hayat berbanding tayar generasi …
Toyota GR Corolla Diperkenalkan 31 Mac Ini
Toyota dalam satu siaran akhbar mengesahkan yang ia akan memperkenalkan “kereta sport GR terbaharu” pada 31 Mac, jam 9.30 malam Eastern Daylight Time (EDT), bersamaan 1 April, 9.30 pagi waktu Malaysia. Syarikat itu tidak menyatakan secara jelas bahawa model yang akan diperkenalkan itu ialah GR Corolla, namun berdasarkan khabar angin …
Porsche Cayenne Mula Dipasang Secara Tempatan Di Kulim
Sime Darby dan Porsche AG hari ini melancarkan Porsche Cayenne versi pemasangan tempatan (CKD) yang dihasilkan khusus untuk pasaran Malaysia. Majlis pelancaran diadakan di kilang Sime Darby di Kulim, Kedah, yang secara tidak langsung menjadi kilang pemasangan Porsche pertama di luar Eropah. Pemasangan tempatan SUV berprestasi tinggi itu menggariskan komitmen …
Ferrari 296 GTB Dilancarkan Di Malaysia – RM1,228,000
Naza Italia, pengimport dan pengedar rasmi jenama Ferrari di Malaysia, hari ini melancarkan Ferrari 296 GTB baharu. Ia merupakan model pertama Ferrari yang tampil dengan enjin tengah V6 hibrid dengan pacuan roda belakang, sekaligus menandakan kemasukan jenama itu ke era baharu. Nama supercar ini diperolehi dengan menggabungkan sesaran enjin (2,992 …
TY-E 2.0 Taruhan Yamaha Dalam Kejohanan Trial Dunia 2022
Yamaha telah mengumumkan pembangunan motosikal trial elektrik TY-E 2.0, yang akan dipertandingkan dalam pusingan terpilihan Kejohanan Trial Dunia FIM 2022. Menurut Yamaha, TY-E 2.0 mensasarkan untuk memberikan lebih keseronokan menunggang berbanding motosikal dengan enjin pembakaran dalaman. Ini akan dicapai dengan memanfaatkan ciri-ciri unik yang ada pada kenderaan elektrik seperti tork …
Inisiatif Solar Bantu Proton Jimat RM4.39 Juta Setahun
Proton telah melancarkan inisiatif tenaga solarnya di kilang Tanjung Malim bagi membantu pengeluar kereta nasional itu mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak 11,536 tan setahun sambil menjimatkan kos utiliti. Panel solar dwi-muka yang diletakkan di tempat letak kereta terbesar di Malaysia itu berserta panel solar di atas bumbung kilang mampu menjana …