Ford Ranger FX4 Masuk Pasaran Malaysia – RM126,888
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia hari ini melancarkan Ford Ranger FX4 Bbaharu melalui siaran Facebook dan YouTube Live. Berbeza dengan varian-varian Ranger lain, Ranger FX4 menampilkan gril mesh berwarna Ebony Black, pelekat dan logo ‘FX4’ serta tayar all-terrain yang digabungkan dengan rim 18 inci …
Jualan Proton Pada Bulan Mei Tunjuk Tanda Pemulihan
Proton telah mendedahkan prestasi jualannya bagi bulan Mei 2020, di mana syarikat itu menjual sebanyak 5,676 unit kereta, dengan anggaran pegangan pasaran sebanyak 23.3%. Jika dibandingkan dengan bulan sama pada tahun lalu, angka jualan ini menunjukkan penurunan sebanyak 46.5% dari 10,611 unit, sekaligus memberi gambaran tentang keadaan pasaran yang mencabar …
BMW Malaysia Lancar Program Waranti Bateri PHEV Baharu
BMW Group Malaysia telah memperkenalkan Program Waranti Bateri PHEV baharu untuk pemilik kenderaan hibrid ‘plug-in’ PHEV jenama BMW dan MINI di negara ini. Menerusi program baharu ini, waranti bateri PHEV sedia ada akan dilanjutkan sehingga dua tahun dan 60,000 km, sekaligus menjadikan had keseluruhan waranti lapan tahun dan 160,000 km …
Volkswagen Lancar Perkhidmatan Penghantaran Kereta ke Rumah
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah inisiatif jualan baharu di mana pelanggan Volkswagen boleh memilih supaya kereta baharu mereka dihantar terus ke rumah. Selari dengan falsafah “People First”, inisiatif ini dijalankan bagi memudahkan urusan pelanggan di samping memberi pengalaman baharu. Perkhidmatan ini disediakan di semua wakil pengedar sah Volkswagen di …
Perodua Jual 7,886 Unit Kenderaan Pada Bulan Mei Walau Berdepan Krisis COVID-19
Perodua mengumumkan bahawa ia mencatat jualan 7,886 kenderaan pada Mei 2020, membawa jumlah jualan setakat tahun ini (YTD) kepada 52,920 unit. Berdasarkan jumlah keseluruhan industri YTD yang dianggarkan 129,401 unit, Perodua menguasai 41% bahagian pasaran YTD. “Situasi COVID-19 yang masih berlangsung ini telah memberi kesan yang ketara terhadap jualan kenderaan …
Honda BR-V Dipertingkat Untuk Model 2020
Honda Malaysia hari ini melancarkan Honda BR-V versi dipertingkatkan. Ia boleh didapati dalam dua varian iaitu E (RM89,900) dan V (RM96,900). Berikut adalah ciri-ciri baharu yang terdapat pada BR-V: Varian E Gril hadapan baharu Bampar hadapan baharu dengan kemasan pada bahagian bawah Rim aloi 16 inci dwi-tona Antena sirip jerung …
Lexus LC500 2020 Dibuka Untuk Tempahan
Lexus Malaysia kini membuka tempahan untuk Lexus LC500 baharu yang hadir dengan beberapa peningkatan dalam pelbagai aspek. Ia ditawarkan pada harga RM1.25 juta termasuk jaminan pengeluar selama lima tahun. Untuk 2020, model grand tourer ini hadir dengan rim 21 inci pada bahagian belakang dan ‘lower arm’ hadapan yang diperbuat daripada …
Suzuki Swift Ini Bernadikan Evo X
Memasukkan enjin yang besar ke dalam kereta yang kecil bukanlah satu amalan yang asing dalam dunai modifikasi kereta. Malah, ia merupakan salah satu cari paling mudah dan cepat untuk mendapatkan nisbah kuasa-berat yang tinggi. Suzuki Swift yang ditampilkan ini adalah contoh terbaik bagaimana penukaran enjin (engine swap) sepatutnya dilakukan. Disediakan …
Mercedes-AMG CLA45 S Dilancarkan – RM448,888
Selain A35 dan A45 S, Mercedes-Benz Malaysia turut melancarkan satu lagi model AMG iaitu CLA45 S 4Matic+. Seperti A45 S, model coupe empat pintu ini hadir dengan enjin turbo M139 2.0-liter empat silinder yang menjana 421 hp dan 500 Nm, 40 hp dan 25 Nm lebih tinggi berbanding enjin sebelum …
Mercedes-AMG A35, A45 S Masuk Pasaran Malaysia
Mercedes-Benz Malaysia telah melancarkan tiga model kompak Mercedes-AMG iaitu A35 4Matic Edition 1, A45 S 4Matic+ Edition 1 dan CLA45 S 4Matic+. A35 4Matic Edition 1 (RM379,888) Merupakan varian ‘entry level’ dalam barisan Mercedes-AMG A-Class, A35 dikuasakan oleh enjin 2.0-liter empat silinder turbo yang menghasilkan 306 hp dan 400 Nm. …