MINI Malaysia Lancar Kempen MINIMISE
MINI Malaysia hari ini melancarkan kempen MINIMISE yang menyediakan pelbagai tawaran menarik sempena musim lebaran yang bakal tiba. Turut dilancarkan adalah platform tempahan digital pertama jenama itu iaitu MINI eShop. Menerusi kempen MINIMISE, pelanggan berpeluang menikmati kadar faedah menarik yang bermula daripada 0% untuk Countryman Plug-In Hybrid, serta rebat tunai …
Range Rover Evoque dan Discovery Sport Kini Dalam Versi PHEV
Pada masa kini, pengenalan varian hibrid plug-in (PHEV) untuk sesuatu model itu sudah menjadi kebiasaan terutamanya di kalangan pengeluar kenderaan mewah. Terbaru, Land Rover mengesahkan dua model keluarannya iaitu Range Rover Evoque dan Discovery Sport kini ditawarkan dalam versi PHEV yang boleh dikenali menerusi lencana P300e. Kedua-dua model tersebut menampilkan …
Honda, SOCAR Jalin Kerjasama Sediakan 50 Unit City Untuk ‘Frontliners’
Dalam satu kerjasama dengan SOCAR Mobility Malaysia Sdn. Bhd., Honda Malaysia akan menyediakan 50 buah Honda City untuk kegunaan pekerja barisan hadapan bagi memudahkan perjalanan mereka. Program ini dimulakan untuk pelanggan Honda yang bekerja sebagai petugas barisan hadapan yang tidak dapat menggunakan kenderaan mereka pada waktu yang sukar ini. Ia …
Hyundai Sambung Semula Operasi Pusat Servis
Hyundai-Sime Darby Auto Motors (HSDM) mengumumkan bahawa mereka telah mendapat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk menyambung semula operasi pusat servis. Menurut syarikat itu, kesemua pusat servis Sime Darby Auto Hyundai (SDAH) telah dibuka semula. Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hanya pelanggan yang mempunyai janji temu servis …
Ingin Pulang ke Ibu Kota? Daftar di Aplikasi Gerak Malaysia
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga akan berakhir dalam masa kurang dari tujuh hari dan jika tiada sambungan, orang ramai yang telah pulang ke kampung halaman masing-masing pastinya ingin kembali ke ibu kota. Untuk itu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan bahawa mereka yang …
Ducati PJ Sedia Terima Kunjungan Pelanggan Selepas PKP
Next Bike Sdn Bhd, pengimport dan pengedar motosikal Ducati di Malaysia, telah mengeluarkan kenyataan terkini mengenai kejadian banjir kilat yang melanda bilik pameran Ducati PJ minggu lalu. Menurutnya, Ducati Malaysia komited untuk memenuhi keperluan pelanggan mereka dan semua pihak yang terlibat. Sejak Khamis lalu, pihaknya telah menilai secara menyeluruh semua …
Kini Anda Boleh Langgan Renault Captur Pra-Milik
TC Euro Cars (TCEC) telah melancarkan Pelan Langganan Renault Captur Pra-Milik yang menawarkan pilihan mobiliti mudah buat mereka yang tidak mahu membuat komitmen kewangan jangka masa panjang terutamanya selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Apa yang anda akan dapat adalah pelan langganan selama setahun yang dengan caj RM1,299 sebulan. Untuk tempoh …
Ini Adalah Audi A3 Sedan Generasi Kedua
Selepas memperkenalkan A3 Sportback pada bulan lepas, Audi kini mendedahkan pula model sedan yang akan memasuki pasaran Eropah bermula musim panas tahun ini. Walaupun A3 Sportback sudah memasuki generasi keempat, A3 Sedan baru sahaja memasuki generasi kedua. Jika dibandingkan dengan model generasi pertama, model baharu ini menampilkan reka bentuk yang …
Hyundai Veloster N Kini Dengan DCT 8 Kelajuan
Apabila Hyundai Velsoter N diperkenalkan buat kali pertama pada awal 2018, ia hanya ditawarkan dengan kotak gear enam manual enam kelajuan. Walaupun kotak gear manual memberikan lebih keseronokan, ia masih mempunyai kekurangan dari segi prestasi jika dibandingkan dengan transmisi automatik. Oleh itu, untuk model tahun 2020, Hyundai akan menawarkan pilihan …
UMW Toyota Motor Buka Semula Pusat Servis Terpilih
UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) telah mendapat kelulusan daripada MITI untuk membuka semula pusat servis rasmi Toyota terpilih dan akan memulakan operasi cawangan servis terpilih untuk kecemasan dan keperluan servis segera, dalam kapasiti minimum. Menurut syarikat itu, perkhidmatan kepada pelanggan adalah berdasarkan temujanji sahaja. Pelanggan perlu menghubungi pusat servis …