MINI Clubman Sterling Edition kembali lagi
Atas permintaan yang tinggi, MINI Malaysia telah sekali lagi melancarkan Clubman Sterling Edition yang terhad kepada 40 unit sahaja. Kali pertama syarikat itu melancarkan model edisi terhad ini adalah pada Ogos 2017, di mana kesemua 20 unit yang ditawarkan ditempah dalam masa dua minggu. Sama seperti sebelum ini, Clubman Sterling Edition …
Mitsubishi Outlander 2.4L kini dalam versi CKD
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah melancarkan Outlander 2.4L versi pemasangan tempatan (CKD) yang akan dijual bersama dengan Outlander 2.0L yang diperkenalkan pada September tahun lalu. Versi ini didatangkan dengan lampu LED depan dan belakang, lampu nyalaan siang LED, spoiler belakang serta rim 18 inci dwi-tona. Bumbung matahari dan pintu tailgate …
SDAC lancar Ford Ranger edisi terhad dengan warna baru
Sime Darby Auto Connexion (SDAC) mengalu-alukan kedatangan tahun baru dengan Ranger edisi terhad. Ranger WildTrak dalam warna baru Meteor Grey dan FX4 dalam Cool White kini boleh didapati di semua pengedar sah di seluruh negara. Pilihan warna-warna eksklusif ini adalah tambahan kepada warna-warna sedia ada iaitu Cool White dan Pride Orange …
Toyota Vios 2018 kini boleh ditempah
UMW Toyota Motor telah membuka tempahan untuk Toyota Vios baru bermula hari ini. Sedan segmen B yang popular itu dikemaskini untuk 2018 dengan perubahan kosmetik pada bahagian luaran dan dalaman. Selain dari rekaan yang diperbaharui, Vios juga didatangkan dengan pelbagai aksesori terkini seperti sensor parkir (standard bagi varian TRD, GX …
Datsun Cross bakal dilancarkan di Indonesia pada 18 Januari ini
Datsun telah mengumumkan bahawa ia akan melancarkan model ketiganya di Indonesia pada 18 Januari ini. Model tersebut menggunakan nama ‘Cross’ dan bukannya ‘Go Cross’ seperti model konsep yang diperkenalkan beberapa tahun lalu. Seperti model sedia iaitu Go dan Go+, Cross menampilkan saiz badan kompak namun dalam bentuk ‘crossover’. Imej teaser …
Info dan gambar terbaru Mercedes-Benz G-Class
Mercedes-Benz telah mendedahkan lebih lagi imej dan maklumat mengenai teknologi ‘off-road’ yang dimiliki oleh G-Class baru yang bakal membuat kemunculannya di acara Detroit Auto Show 2018 dalam masa dua minggu lagi. Menurut pengeluar dari Jerman itu, G-Class akan mengekalkan rangka ‘ladder frame’ yang dipadankan dengan gantungan bebas ‘double wishbone’ di depan …
Volkswagen perkenalkan program penyelenggaraan percuma selama 3 tahun
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini menyambut kedatangan Tahun Baru dengan memperkenalkan program penyelenggaraan percuma selama 3 tahun/45,000km (mana-mana tiba dahulu). Semua kenderaan Volkswagen yang didaftarkan mulai 1 Januari 2018 layak menerima program ini tanpa mengira modelnya. Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter menyatakan bahawa program penyelenggaraan percuma itu akan …
Kursus tunggangan selamat pertama anjuran Kawasaki Motors Malaysia
Kawasaki Motors Malaysia (KMM) baru-baru ini telah melancarkan program ‘Kawasaki Safety & Responsible Riding Course’. Ia merupakan program pertama seumpamanya yang dianjurkan oleh KMM dengan kerjasama Kawasaki Heavy Industries dan K-TEC Corporation dari Jepun. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan aspek keselamatan dan tanggungjawab semasa menunggang. Ia sejajar dengan usaha …
Ford kembali menyertai WRC
FIA telah mengumumkan bahawa Ford akan kembali ke kancah Kejohanan Rali Dunia (WRC) bagi musim 2018. Kali terakhir jenama itu melibatkan diri dalam sukan itu adalah pada tahun 2012 bersama dengan pasukan M-Sport. Walaupun tidak mendapat sokongan teknikal daripada Ford, M-Sport berjaya merangkul gelaran juara pada kejohanan tahun lalu dengan …
Volkswagen hasilkan lebih 6 juta kenderaan di seluruh dunia pada 2017
Volkswagen telah mencipta rekod tersendiri apabila mengeluarkan lebih 6 juta kenderaan di seluruh dunia pada tahun lalu. Pencapaian ini dipacu oleh model-model popular iaitu Jetta, Golf, Passat, Polo dan Santana, serta barisan produk baru iaitu Polo baharu, Arteon dan T-Roc. Jenama itu kini mempunyai lebih dari 50 buah kilang di 14 …