Pelumba Toyota Gazoo Racing Malaysia akan sertai saingan Super Endurance Thailand
Pemandu kereta lumba Vios Challenge, Mark Darwin akan menjadi wakil dari Malaysia di dalam Team Asia dan memandu sebuah Toyota Altis bagi perlumbaan 600 Minit Super Endurance Thailand. Mark akan menyertai pelumba-pelumba lain dari Filipina, Indonesia dan Thailand pada perlumbaan yang bakal berlangsung pada Disember nanti di Litar Antarabangsa Chang …
Tesla Roadster vs Bugatti Chiron, mana yang lebih hebat?
Beberapa hari lalu, Elon Musk mengejutkan dunia automotif dengan mendedahkan Tesla Roadster baru yang digelarkan sebagai “kereta paling pantas di dunia”. Ia merupakan kenyataan yang sangat berani dari Musk, apatah lagi model terbarunya itu masih berada dalam fasa prototaip. Kenyataan itu juga secara tidak langsung meletakkan Roadster dalam kelas hypercar …
Aston Martin Vantage baru telah tiba!
Aston Martin telah memperkenalkan Vantage serba baharu. Ini merupakan kali pertama model itu menerima secara menyeluruh sejak model V8 Vantage yang dilancarkan pada tahun 2005. Pertama sekali, Vantage kini mempunyai ‘jantung’ baru di dalam bentuk 4.0-liter V8 yang dibekalkan oleh Mercedes-AMG. Unit dwi-turbo itu mengekstrak 510 PS pada 6,000 rpm …
Vios Sports Edition jadi ganjaran di Toyota GAZOO Racing Festival hujung minggu ini
Toyota GAZOO Racing (TGR) Racing Festival yang akan berlangsung hujung minggu ini di Malaysian Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) tidak hanya menjanjikan sebuah acara menarik penuh aksi, tetapi turut menjadi sebuah acara yang sangat berbaloi dikunjungi dengan pelbagai hadiah untuk dimenangi, termasuk sebuah Vios Sports Edition bagi pengunjung yang bertuah. …
Volkswagen beri inspirasi kepada 9 artis tempatan menerusi Beetle
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah memulakan satu kempen seni bersama sembilan orang artis Malaysia untuk meraikan Beetle. Dikenali sebagai kempen #BeetleInspired, kolaborasi ini melibatkan kreativiti artis-artis tersebut dalam menginterpretasikan Beetle menerusi medium masing-masing. Pelbagai karya seni telah dihasilkan – bermula daripada graffiti, lukisan, kaligrafi, contengan, ilustrasi, pin dan pelbagai …
5 sebab mengapa Perodua Myvi adalah kereta keluarga yang baik
Myvi, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Dilancarkan pertama kali pada tahun 2005, hatchback ini terus menjadi kenderaan pilihan bagi pelbagai golongan pemandu tidak kira sama ada pelajar, pekerja, bujang mahupun berkeluarga. Ya, walaupun ia kecil, Myvi juga dijadikan sebagai kenderaan keluarga terutamanya bagi mereka dengan bilangan ahli yang …
Toyota FT-AC bakal muncul di LA Auto Show
Toyota telah mengeluarkan satu foto ‘teaser’ bagi kenderaan konsep terbarunya yang digelar sebagai FT-AC yang bermaksud ‘Future Toyota Adventure Concept’. Kenderaan itu bakal membuat kemunculan pertamanya di Los Angeles Auto Show pada 30 November ini. Setakat ini, tidak banyak maklumat mengenai model ini didedahkan, namun jika dilihat pada nama dan …
Hyundai Tucson 2.0 MPi Premium 4WD dilancarkan di pasaran Malaysia
Hyundai Sime Darby Motors telah melancarkan varian Tucson yang keempat iaitu 2.0 MPi Premium 4WD. Berharga RM159,888 (harga atas jalan tanpa insuran), varian terbaru itu didatangkan dengan jaminan lima tahun atau 300,000 km dan pakej penyelenggaraan percuma untuk tiga tahun atau 50,000 km. Seperti varian 2.0 MPi Elegance, varian Premium …
Petronas Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive menjanjikan pemanduan lebih lancar
Petronas Dagangan telah melancarkan Petronas Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive, diesel bebas sulfur berkualiti tinggi yang diformulasi khas untuk enjin diesel ‘common-rail’ moden. Produk terbaru itu merupakan hasil daripada perkongsian Petronas dengan IVECO, sebuah syarikat perkilangan kenderaan industri dari Itali, dalam kejohanan Dakar Rally. Kejayaan pasukan Petronas De Rooy IVECO dalam …
Perodua Myvi baru – harga dan spesifikasi di sini
Setelah membuat penampilan secara tersorok di Malaysia Autoshow 2017 pada minggu lalu, Perodua Myvi baru kini telah dilancarkan secara rasmi. Setakat ini, Perodua telah mengumpul 5,000 tempahan bagi model itu, yang turut menerima penilaian 5 bintang dari ASEAN NCAP. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Myvi akan ditawarkan dalam lima varian iaitu …