Petronas Akan Pasang Pengecas Pantas Di PLUS Dan LPT
Petronas Dagangan Berhad (PDB) mengumumkan bahawa ia telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Mercedes-Benz Malaysia dan EV Connection, pengendali rangkaian JomCharge di Malaysia, bagi menempatkan pengecas pantas DC di stesen Petronas menjelang separuh pertama 2022. Kerjasama strategik ini dijalin bagi menangani masalah kekurangan pengecas pantas di Malaysia. Di bawah kerjasama …
Trak Tugas Berat MAN TGS Masuk Pasaran Malaysia
MAN Truck & Bus (M) Sdn Bhd telah melancarkan rangkaian trak tugas berat generasi baharu untuk pasaran Malaysia. Trak yang dikenali sebagai TGS ini didatangkan standard dengan enjin Euro 5, menjadikan MAN Malaysia sebagai pengeluar trak tugas berat pertama di negara ini yang berbuat demikian. Dengan pelancaran ini, MAN memenuhkan …
Volvo XC60 Facelift Tiba Di Malaysia – Harga Dari RM292,466
Volvo Car Malaysia hari ini melancarkan Volvo XC60 versi facelift yang hadir dengan rekaan baharu, ciri keselamatan tambahan dan integrasi teknologi bersama Google Services. SUV mewah ini boleh didapati dalam dua varian iaitu XC60 B5 Momentum dan XC60 Recharge T8 Inscription Plus. Harga jualan tanpa insurans (selepas pengecualian cukai) bermula …
Gudang Kereta ‘Half Cut’ Terkenal Musnah Dalam Kebakaran
Sebuah gudang kereta potong dan alat ganti terkenal di Jalan Kampung Pasir, Taman Segambut, Kuala Lumpur musnah dalam satu kebakaran pada Selasa (23 November 2021) lalu. Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kebakaran di gudang Suzuka Auto …
Ford Ranger Generasi Baharu Diperkenalkan Secara Rasmi
Ford akhirnya memperkenalkan trak pikap Ranger generasi baharu setelah beberapa kali mengacahnya sejak beberapa bulan yang lalu. Hadir dengan penampilan lebih segar serta teknologi dan enjin baharu, trak pikap itu akan dibuka untuk tempahan di Eropah pada lewat tahun hadapan. Pertama sekali, Ranger diberi ‘wajah’ baharu yang kelihatan tidak ubah …
Yamaha Tracer 9 GT Dilancarkan – Harga Dari RM69,498
Selepas melancarkan Yamaha MT-09 kira-kira dua minggu yang lalu, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) kini memperkenalkan pula model sports touring Yamaha Tracer 9 GT yang tiba sebagai pengganti Tracer 900 GT. Model baharu ini dikuasakan oleh enjin CP3 tiga silinder bersesaran 889 cc yang menghasilkan 117 hp pada 10,000 rpm …
BMW 218i Gran Coupe Dapat Sistem Live Cockpit Professional
BMW Malaysia mengumumkan bahawa BMW 218i Gran Coupé yang dipasang secara tempatan kini hadir dengan pengemaskinian teknikal dalam bentuk sistem infohibur BMW Live Cockpit Professional, susulan pelancarannya pada Oktober tahun lalu. Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkongsi, “BMW Live Cockpit Professional baharu menekankan komitmen kami terhadap digitalisasi …
Hyundai Kona Electric Rasmi Dilancarkan – Harga Dari RM150k
Selepas membawa masuk Hyundai Kona facelift beberapa bulan yang lalu, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) kini melancarkan pula versi elektrik yang dikenali secara rasmi sebagai Kona Electric. Model ini ditawarkan dalam tiga varian seperti berikut: Kona Electric Lite – RM149,888 Kona Electric Plus – RM169,888 Kona Electric Max – RM199,888 Varian …
Ferrari Daytona SP3 – Supercar V12 Dengan Rekaan Retro
Ferrari telah mendedahkan Daytona SP3, model edisi terhad terbaharu dalam siri Icona selepas Monza SP1 dan Monza SP2. Inspirasi untuk model ini terlahir daripada kemenangan Ferrari dalam perlumbaan 24 Hours of Daytona 1967, di mana dua buah Ferrari 330 dan sebuah 412 melintasi garisan penamat pada kedudukan 1-2-3. Enjin naturally …
Industri Automotif Malaysia Tunjuk Tanda Pulih Pada Oktober 2021
Perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan pada sebahagian besar tahun ini masih ‘menghantui’ ramai pihak dalam industri automotif Malaysia. Bagaimanapun, keadaan nampaknya semakin pulih dengan jurang antara jualan tahun ini dan tahun lalu telah mengecil kepada 4.8 peratus dan ini adalah satu berita baik, menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA). Apa yang …