Subaru WRX STI S208 hanya untuk pasaran Jepun
Acara Tokyo Motor Show 2017 yang akan berlangsung pada bulan Oktober ini bakal menyaksikan pelancaran Subaru WRX STI S208, satu model edisi terhad yang berada pada kedudukan teratas dalam barisan WRX STI. Dibangunkan bersama oleh Subaru dan STI, sedan berprestasi tinggi ini turut menjadi pengganti kepada WRX STI S207 yang diperkenalkan …
Mercedes-Benz Autohaus pertama di Johor dibuka
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) dan pengedar Hap Seng Star (HSS) terus memperkukuhkan kedudukan mereka di Johor dengan pelancaran Mercedes-Benz Hap Seng Star Iskandar Autohaus (HSS Iskandar) baharu. Fasiliti itu merupakan pusat 3S terbaru Mercedes-Benz yang dibangunkan dengan pelaburan bernilai RM5 juta. Ia mempunyai keluasan untuk mempamerkan tujuh kenderaan pada satu satu masa …
Marchy Lee, Shaun Thong dahului siri perlumbaan Blancpain GT Asia
Sejurus berakhirnya perlumbaan Siri Blancpain GT berganda dalam keadaan hujan di Litar Antarabangsa Shanghai, Shaun Thong dan Marchy Lee dari pasukan Audi Hong Kong berjaya muncul sebagai pendahulu carta kejohanan GT3. Tempat kelima yang dimenangi sudah cukup untuk meletakkan pasangan itu di puncak carta dengan 138 mata. Mitch Gilbert dan Aditya …
Harley-Davidson cari pengedar baru bagi pasaran Malaysia
Sejajar dengan matlamat jangka panjang untuk mengembangkan perniagaan antarabangsanya kepada 50 peratus daripada jumlah tahunan, Harley-Davidson hari ini mengumumkan bahawa ia akan menjalani penyegaran semula bagi pasaran Malaysia. Syarikat itu akan memulakan proses bagi mencari rakan kongsi pengedar baharu dengan segera, berikutan berakhirnya perjanjian yang dimeterai dengan Naza Prestige Bikes …
Volvo XC40 pesaing terbaru GLA, X1 dan Q3
Volvo mengumumkan kehadirannya dalam segmen SUV kompak premium dengan pelancaran XC40 – model SUV ketiga bagi jenama itu selepas XC90 dan XC60. Berbeza dengan rakan-rakan sejenamanya yang lebih besar, XC40 adalah kenderaan Volvo pertama yang dibina berasaskan platform CMA yang turut akan digunakan bagi pembikinan model-model 40 Series pada masa depan. …
Tawaran istimewa untuk Renault ZOE sempena Hari Sifar Emisi
Sempena sambutan Hari Sifar Emisi, TC Euro Cars, pemegang tunggal francais kenderaan Renault di Malaysia menawarkan satu promosi istimewa untuk tiga unit kenderaan elektrik sepenuhnya, Renault ZOE. Promosi itu menawarkan rebat menarik sebanyak RM18,000 ke atas ZOE serta keahlian percuma ChargEV selama tiga tahun. Ia membolehkan pelanggan untuk mengecas ZOE …
BMW 530i M Sport versi CKD dilancarkan
BMW Group Malaysia hari ini melancarkan 530i M Sport sebagai model pemasangan tempatan (CKD) terbaharu di Malaysia. Sedan sport itu merupakan model ke-11 yang menyertai portfolio kenderaan pemasangan tempatan oleh BMW. Varian pemasangan tempatan itu dilengkapi ciri-ciri utama yang sama seperti pakej M Sport yang merangkumi komponen aerodinamik, brek, rim aloi …
Nissan hasilkan 150 juta unit kenderaan
Nissan telah mencatat satu pencapaian penting dalam sejarahnya dengan 150 juta unit kenderaan yang dihasilkan di peringkat global setakat ini. Diasaskan pada tahun 1933, Nissan mengambil masa selama 73 tahun untuk mencapai angka 100 juta pertama dengan 76.5% daripadanya dihasilkan di Jepun. 50 juta yang selebihnya dihasilkan dalam masa hanya 11 tahun iaitu …
Siri jelajah tunggang uji Kawasaki di Johor Bahru hujung minggu ini
Berita baik untuk peminat motosikal di Johor. Siri jelajah pandu uji Kawasaki akan diadakan di Plaza Angsana, Johor Bahru pada hujung minggu dan Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) telah menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung. Pertama sekali, jangan lepaskan peluang untuk menunggang uji pelbagai model Kawasaki seperti Versys 650 ABS, Versys-X 250, …
Ford Ranger XL Standard trak pikap mampu milik
Ford dan Sime Darby Auto Connexion (SDAC) hari ini mengumumkan ketibaan model terbaru Ranger yang dikenali sebagai Range XL Standard. Dijual pada harga RM83,588 di Semenanjung Malaysia dan RM89,388 di Sabah dan Sarawark, Ranger XL Standard dikatakan sebagai salah satu trak pikap paling mampu milik dalam pasaran negara ini. Ia …