Kode 0 – Rekaan Unik Ken Okuyama
Ken Okuyama bukanlah nama yang asing dalam industri automotif. Pereka industri yang berasal dari Jepun itu pernah terlibat dalam beberapa projek besar seperti Ferrari Enzo dan P4/5 ketika bekerja dengan Pinifarina. Beliau juga mempunyai beberapa rekaan tersendiri seperti Kode 57 dan yang terbaru – Kode 0. Dipamerkan di acara The …
Pandu Uji: Hyundai Tucson 1.6 T-GDI dan 2.0 CRDi
Hyundai Tucson generasi ketiga telah dilancarkan ke pasaran Malaysia pada November 2015. Setelah hampir dua tahun berada di pasaran, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM), syarikat yang bertanggungjawab memasarkan jenama itu di Malaysia, mengambil keputusan untuk menyegarkan barisan model tersebut dengan penambahan dua varian baharu iaitu 1.6 T-GDI dan 2.0 CRDi diesel. …
BMW Z4 Kembali Dalam Bentuk Konsep
Kerjasama antara BMW dan Toyota bagi menghasilkan Z4 dan Supra generasi seterusnya bukanlah satu rahsia. Walaupun ia mungkin akan mengambil sedikit masa lagi sebelum versi produksi diperlihatkan, BMW Concept Z4 ini mampu memberikan sedikit idea tentang reka bentuk kereta roadster terbaru jenama itu. Didedahkan di acara Concours d’Elegance di Pebble Beach, …
Honda Malaysia Raikan Penyerahan City Sport Hybrid Pertama
Honda Malaysia hari ini meraikan Wilson Wong, pelanggan pertama di Asia Tenggara yang memiliki City Sport Hybrid i-DCD baharu yang dilancarkan pada bulan lalu. Majlis penyerahan dilakukan di bilik pameran pengedar Honda, Tenaga Setia Resources Sdn. Bhd. yang terletak di Petaling Jaya. Bersama-sama dengan Jazz Hybrid baharu, Malaysia merupakan satu-satunya …
Akademi Automotif Volkswagen Pertama di Malaysia Dibuka
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini secara rasminya melancarkan Akademi Automotif Volkswagen yang pertama di negara ini. Terletak di tengah-tengah hab automotif di Glenmarie, Shah Alam, akademi baharu itu memiliki keluasan lebih 14,117 kaki persegi. Ia dilengkapi dengan semua kemudahan untuk menjalankan latihan jualan dan selepas jualan (teknikal serta …
Honda CR-V Baharu Terima Penarafan 5 Bintang ASEAN NCAP
Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa CR-V serba baharu telah menerima penarafan lima bintang dengan markah keseluruhan 88.80 dalam sistem penilaian ASEAN NCAP yang baharu. CR-V merupakan model pertama yang dipilih untuk menjalani penilaian terbaru itu. Penarafan lima bintang tersebut adalah untuk semua varian CR-V, yang dilancarkan di Malaysia pada …
Laporan Separuh Tahun Geely Auto dikeluarkan, Hasil Meningkat 118% kepada RMB 39.424 Bilion
Geely Auto (HK 0175) mengeluarkan laporan kewangan separuh tahun pertama yang menunjukkan pertumbuhan hasil yang kukuh pada separuh tahun pertama 2017 dengan hasil mencecah RMB 39.424 bilion, meningkat 118% dari tempoh yang sama pada tahun lalu dan keuntungan mencapai RMB 4.344 bilion, meningkat sebanyak 128% dari tempoh yang sama pada …
Pandu Uji: BMW 118i M Sport
Segmen kompak dilihat menjadi pilihan pelbagai jenis pembeli kenderaan – sama ada yang bujang dan baru bekerja, atau mereka yang berkeluarga yang inginkan kenderaan kedua. Bagi jenama premium, segmen ini menjadi ‘pintu masuk’ kepada mereka yang baru sahaja mempunyai kemampuan kerana harganya yang paling mampu milik berbanding model-model lain yang …
Isuzu Malaysia Serah 6 Unit Trak Isuzu Forward kepada YHL Trading
Isuzu Malaysia baru-baru ini menyerahkan enam unit trak Isuzu Forward baharu kepada syarikat YHL Trading (KL) Sdn Bhd. Unit-unit trak tugas sederhana tersebut diperolehi daripada Indah Utara Auto Sdn Bhd, sebuah syarikat pengedar berdaftar di bawah Isuzu Malaysia yang berpusat di Utara. YHL Trading merupakan anak syarikat di bawah Kumpulan Sin …
Peserta Wanita Pertama ke Pusingan Akhir Cabaran Fuelwatch Volvo Trucks Malaysia
Cabaran Fuelwatch anjuran Volvo Trucks Malaysia pada tahun ini melakar sejarah apabila seorang pemandu trak wanita telah berjaya melayakkan dirinya ke pusingan akhir yang akan berlangsung pada 25 dan 26 Ogos ini di Shah Alam. Junaidah Ibrahim yang berusia 32 tahun telah bekerja sebagai pemandu selama lima tahun dan kini …