MINI Malaysia Perkenal Ciri Tambahan dan Program Full Circle untuk MINI 3 Door dan 5 Door
MINI Malaysia hari ini memperkenalkan program Full Circle, satu program pembiayaan terkini yang disediakan oleh pihak BMW Credit Malaysia. Program tersebut menawarkan lebih fleksibiliti dan ketenangan minda pada masa depan apabila anda memiliki MINI 3 Door dan 5 Door. Jenama automotif kompak premium yang paling sofistikated di Malaysia turut mengumumkan …
Kasma Bersedia Untuk ke Sepanyol
Bintang meningkat naik, Kasma Daniel Kasmayudin meraih keyakinan untuk membuat penampilan pertama di pentas Kejuaraan Moto3 Remaja Dunia setelah meraih kemenangan kedua dalam kelas CP150 pada Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berakhir di Litar Lumba Tangkak, Johor, hari ini. Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor berusia …
Allianz Malaysia Menggalakkan Keselamatan Jalan Raya Melalui Kempen di Bukit Tinggi
Allianz Malaysia telah mengadakan kempen advokasi keselamatan jalan raya di sepanjang Jalan Langat di hadapan AEON, Bukit Tinggi pada 23 Mac untuk meningkatkan kesedaran keselamatan dan mengurangkan risiko di jalan raya. Sepanjang kempen itu, Allianz Malaysia telah mengedarkan sejumlah 300 pelekat reflektif yang direka khas dan 50 jaket keselamatan reflektif …
Kawasaki Z900 ABS Dijual Pada Harga Bermula Dari RM49,158
Dilancarkan pada awal tahun ini, Kawasaki Z900 dijangkakan dijual pada harga sekitar RM58,000. Namun begitu, harga jualan rasmi yang diumumkan oleh Kawasaki Motors Malaysia (KMM) adalah jauh lebih rendah iaitu RM49,158 untuk versi Standard dan RM50,959 untuk versi SE. Ahli terbaru barisan model Z ini merupakan pengganti kepada Z800 yang …
Toyota Buka Bilik Pameran Baharu di Segambut
UMW Toyota Motor telah membuka bilik pameran Toyota terbaru yang terletak di Pusat Komersial Jalan Kuching, Jalan Kepayang off Jalan Kuching, Segambut, Kuala Lumpur. Ia berfungsi sebagai pusat jualan kenderaan baharu Toyota manakala pusat 2S (servis dan alat ganti) sedia ada yang terletak di Kawasan Perusahaan Segambut juga telah dinaik taraf …
Pengambilalihan Proton: Semua Pembida Masih Bersaing, Penilaian FSP Berterusan
Dalam satu kenyataan rasmi, DRB-HICOM menegaskan bahawa pencarian rakan strategik asing (FSP) bagi Proton masih lagi diteruskan, dan seperti yang diumumkan pada bulan Februari lalu, syarikat tersebut mensasar untuk menamatkan proses penilaian menjelang tamatnya suku ke-2 tahun 2017. DRB-HICOM juga mengesahkan semua pembida masih dalam saingan untuk menjadi FSP Proton. Proses mencari FSP …
Sertai Peraduan ‘Experience the Drive’ Proton
Proton telah melancarkan peraduan “Experience the Drive” bagi tujuan mendorong pelanggan memandu uji kereta Proton. Menerusi sesi pandu uji, pelanggan dapat menikmati pemanduan dan pada masa yang sama mengetahui lebih lanjut mengenai ciri-ciri keselamatan aktif dan pasif yang memboleh kereta Proton menadapat penarafan keselamatan 4 dan 5 bintang dari ASEAN …
BMW Motorrad Malaysia Perkenal K 1600 GT – RM159,900
BMW Motorrad Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan motosikal K 1600 GT, jentera tourer mewah dan berkuasa yang dihasilkan sepenuhnya bagi meneruskan DNA jenama itu iaitu “Making Life a Ride”. Selain daripada beberapa penambahbaikan baru, K 1600 GT juga menampilkan aspek aerodinamik yang telah dioptimumkan merangkumi perehat kaki, tempat duduk dan …
Yamaha YZF-R25 Kini Dengan Dua Warna Baharu
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah mengumumkan dua warna baharu YZF-R25 bagi tahun 2017 iaitu biru (Racing Blue) dan hitam matte (Matte Black). Sementara itu, pengeluaran warna lama iaitu kelabu matte dan biru dihentikan serta-merta. Lain-lain aspek motosikal suku liter tersebut kekal sama. Enjin silinder berkembar sebarisnya yang bersesaran 249 …
Pusat 3S Mitsubishi Dibuka di Bayan Lepas
EON Auto Mart, ahli kumpulan DRB-HICOM Berhad, dan Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini dengan rasminya melancarkan pembukaan pusat 3S Mitsubishi di Bayan Lepas. Ini merupakan sebahagian daripada usaha syarikat untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik bagi para pemilik kenderaan Mitsubishi di sekitar Bayan Lepas dan juga seluruh Pulau Pinang. Mula …