Berita Auto

Juara-juara Lamborghini Super Trofeo Middle East 2017

Lima kemenangan daripada enam perlumbaan, empat kedudukan pole, sifar kesilapan dan dua pemandu berbakat: duo Rik Breukers dan Axcil Jefferies dari GDL Racing mendominasi acara Lamborghini Super Trofeo Middle East tahun 2017 dari hari pertama di Abu Dhabi di litar hingga ke hari terakhir di Dubai Autodrome. Breukers dan Jefferies …

READ MORE →
Motosikal / Skuter / Roda

Cub Prix: Kasma Sukar Dihalang

Juara CP130 2016, Kasma Daniel Kasmayudin membuktikan statusnya sebagai pelumba pilihan apabila muncul pemenang pertama kategori yang baharu diperkenalkan, CP150 pada Pusingan 1 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berakhir di Temerloh, Pahang, hari ini. Pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor yang bermula dari petak kedua berjaya mengetepikan …

READ MORE →
Berita Auto

Breukers, Jefferies Menang Lagi di Lamborghini Super Trofeo Middle East Dubai

Dengan kejayaan keempat berturut-turut di Lamborghini Super Trofeo Middle East, Rik Breukers dan Axcil Jefferies telah berjaya mempertahankan kedudukan mereka pendahulu kejohanan, sementara menunggu Race 2 yang dijadualkan berlangsung pada 4 Mac. Pasangan pemandu kelas PRO dari tim GDL Racing bermula cemerlang pada pagi perlumbaan dengan kedudukan pole pada kedua-dua …

READ MORE →
Berita Auto

Lexus Malaysia Lancar NX 200t Special Edition dan IS Facelift

Lexus Malaysia telah memperkenalkan NX 200t Special Edition dan barisan model IS facelift untuk pasaran tempatan. Bagi NX, barisan crossover tersebut mengekalkan pilihan lima varian (NX 200t; NX  200t Premium; NX 200t Luxury; NX 200t F Sport; dan NX 300h) dengan tambahan model Special Edition untuk 2017. 200t Special Edition mempunyai …

READ MORE →
Berita Auto

MPIC Lancar Ekspedisi Trans Borneo Menggunakan Diesel B10

YB Datuk Datu Nasrun Datu Mansur, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi telah merasmikan Program Ekspedisi Trans Borneo menggunakan diesel B10 (adunan 10% biodiesel berasaskan sawit dengan 90% petroleum diesel) di Stesen Penyelidikan MPOB Belaga, Sarawak. Ekspedisi B10 ini dianjurkan oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) bersama Lembaga Minyak Sawit …

READ MORE →
Berita Auto

Tan Chong Group Catat Pengeluaran 1 Juta Kenderaan

Anak syarikat Tan Chong Group iaitu Tan Chong Motor Assemblies Sdn Bhd (TCMA) telah berjaya mencapai pengeluaran satu juta unit kenderaan Nissan di Malaysia pada bulan lepas. Tan Chong Group memulakan operasinya di negara ini pada tahun 1957 dan meraikan ulang tahun ke-60 tahun ini. “Sebahagian daripada kempen tawaran hebat ulang …

READ MORE →
Berita Auto

Dapatkan Rebat Tunai Dengan Promosi Toyota Magnificent Drive

UMW Toyota Motor sedang mengadakan promosi ‘Magnificent Drive’ sepanjang bulan Mac ini, di mana pengedar-pengedar sah Toyota di seluruh negara menawarkan rebat tunai sehingga RM5,000 untuk model terpilih. Sesetengah model juga didatangkan dengan servis atau aksesori percuma. Carta di bawah menunjukkan butiran mengenai rebat tunai dan tawaran tambahan untuk model-model …

READ MORE →
Berita Auto

Outlet ke-12 Mercedes-Benz Cycle & Carriage Bintang Dibuka di Cheras

Mercedes-Benz Malaysia dan Cycle & Carriage Bintang mengukuhkan kerjasama yang sedia terjalin dengan pelancaran pusat 3S C&C Cheras Autohaus hari ini. Dengan pelaburan berjumlah RM16 juta, Cheras Autohaus merupakan sebahagian daripada pelaburan keseluruhan C&C bernilai RM155 juta di wilayah tengah semenanjung Malaysia. Dengan kawasan seluas 48,642 kaki persegi, C&C Cheras …

READ MORE →
Motosikal / Skuter / Roda

Cub Prix Jalin Kerjasama Dengan KBS

Program pembangunan sukan permotoran negara dirancakkan dengan jalinan kerjasama di antara pihak promoter Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2017 bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan tumpuan terhadap kategori Wira KBS bermula pusingan pembukaan di Temerloh, Pahang pada 4 dan 5 Mac ini. “Kami mengalu-alukan kerjasama dan penglibatan KBS …

READ MORE →
Berita Auto

Isuzu Malaysia Perkenal D-Max 3.0L Single Cab

Isuzu Malaysia memperkembangkan barisan D-Max dengan pelancaran varian 3.0L Single Cab baharu. Menurut syarikat itu, ia adalah satu-satunya model trak pikap ‘single cab’ dengan enjin 3.0-liter yang dijual di negara ini. Seperti D-Max ‘double cab’, model Single Cab ini menampilkan enjin turbodiesel 3.0-liter VGS yang menghamburkan 177 PS dan 380 Nm …

READ MORE →