Honda City Hatchback Bakal Dilancarkan Di Malaysia
Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba Honda Malaysia menyiarkan video teaser untuk Honda City Hatchback, sekaligus mengesahkan desas-desus bahawa model itu akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Seperti yang diperkatakan sebelum ini, City Hatchback bakal hadir sebagai pengganti Jazz yang baru-baru ini telah dihentikan pengeluarannya di kilang Honda Malaysia di …
Land Rover Defender Akhirnya Masuk Pasaran Malaysia
Seperti yang dijanjikan, Jaguar Land Rover Malaysia hari ini secara rasminya melancarkan Land Rover Defender serba baharu. Untuk pasaran Malaysia buat masa ini, SUV off-road didatangkan dalam versi 110 (lima pintu) dengan konfigurasi lima atau tujuh tempat duduk dan dua pilihan varian petrol iaitu P300 dan P400. Varian P300 menampilkan …
SKIDOO Tawar Perkhidmatan Penghantaran 40% Lebih Murah
Pandemik yang melanda secara tidak langsung menyaksikan peningkatan permintaan untuk perkhidmatan penghantaran. Baru-baru ini, sebuah lagi syarikat perkhidmatan penghantaran telah dilancarkan di Malaysia iaitu SKIDOO. Syarikat itu menawarkan pelbagai perkhidmatan penghantaran untuk perniagaan, urusan perpindahan, makanan dan bungkusan peribadi, semuanya dengan harga yang berpatutan yang mengutamakan kepentingan pelanggan. Tambah syarikat …
Harley-Davidson Sportster S Tiba Di Malaysia – RM92,900
Didi Resources Sdn Bhd telah melancarkan Harley-Davidson Sportster S baharu di Malaysia, tiga bulan selepas ia diperkenalkan di peringkat global. Motosikal ‘sport custom’ ini dijual pada harga RM92,900 dan akan membuat penampilannya pada acara rumah terbuka Harley-Davidson yang akan diadakan dari 30 hingga 31 Oktober 2021. Mengikuti jejak langkah Pan …
TC Subaru Tawar Promosi ‘Pandu Sekarang, Bayar Kemudian’ Untuk Forester
Perkhidmatan ‘beli sekarang, bayar kemudian’ semakin popular di Malaysia dan trend itu nampaknya mula tersebar ke industri automotif. Contohnya, TC Subaru baru-baru ini melancarkan promosi ‘Pandu Sekarang, Bayar Kemudian’ (Drive Now, Pay Later), sekaligus menjadikannya antara syarikat kereta terawal di negara ini yang menawarkan perkhidmatan tersebut. Menurut syarikat itu, tawaran …
Hyundai Staria Premium Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) hari ini mengesahkan yang Hyundai Staria akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Disasarkan untuk golongan profesional dan keluarga urban aktif, MPV mewah itu akan ditawarkan dalam varian Premium yang membawakan konfigurasi tujuh tempat duduk, dengan dua tempat duduk di barisan tengah dan tiga di belakang. …
Shinya Ikeda Diumum CEO Baharu Mitsubishi Motors Malaysia
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini mengumumkan pelantikan Shinya Ikeda sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharunya. Beliau menggantikan Tomoyuki Shinnishi yang memegang jawatan tersebut sejak Oktober 2016. Ikeda sebelum ini merupakan Pengurus Besar di Mitsubishi Corporation di Jepun sejak 2019. Beliau menyertai Mitsubishi pada 2008 dan tugas pertama beliau adalah untuk …
Aramco Ganti Petronas Sebagai Penaja Utama Pasukan Mercedes-AMG F1?
Petronas telah menjadi penaja utama pasukan Mercedes-AMG F1 sejak 2010 dan bersama, mereka telah memenangi tujuh gelaran juara pengeluar dan pemandu. Bagaimanapun, laman web Decalspotters melaporkan bahawa kerjasama tersebut bakal berakhir pada penghujung musim ini dan bakal diambil alih oleh gergasi petroleum Arab Saudi, Aramco. “Kerjasama pasukan itu dengan Aramco …
Yamaha TMAX 560 Tiba Di Malaysia – RM72,288
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) hari ini melancarkan Yamaha TMAX 560 yang tergolong dalam barisan Big Bike jenama itu. Ia ditawarkan pada harga RM72,288 tidak termasuk insurans dan pendaftaran. Setiap pembelian didatangkan dengan kantung kunci Royal Selangor dan kunci brek cakera. Merupakan model yang dinaik taraf, TMAX 560 dikuasakan oleh …
Proton Lancar Rangkaian Minyak Pelincir – 4 Gred, Harga Dari RM78
Proton hari ini mengumumkan pelancaran rangkaian produk minyak pelincir yang diformulasi secara ekslusif untuk kereta keluarannya. Dipasarkan di bawah jenama alat ganti tulen syarikat, terdapat empat gred di dalam barisan Minyak Pelincir Proton (PGO) iaitu dari PGO 1 ke PGO 4, yang termasuk minyak sintetik penuh, minyak semi-sintetik dan minyak …