Proton Saga 2016: Spesifikasi dan Ulasan Ringkas
Model ketiga Proton tahun ini iaitu Saga baharu akan dilancarkan dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Tempahan untuk sedan kompak itu telah pun dibuka bermula hari ini, dengan harga dianggarkan bermula dari RM37,000 hingga RM46,000. Seperti Persona yang baru sahaja memasuki pasaran, Saga akan ditawarkan dalam empat varian iaitu Standard (manual), …
Prima Pearl Auto Buka Bilik Pameran Toyota di Bayan Lepas
Prima Pearl Auto, pengedar sah bagi UMW Toyota (UMWT), telah merasmikan bilik pameran Toyota baharu di Bayan Lepas, Pulau Pinang bagi menggantikan unit sedia ada yang terletak tidak jauh dari lokasi. Pembukaan bilik pameran itu dirasmikan oleh Akio Takeyama, Naib Pengerusi UMWT, Datuk Ismet Suki, Presiden UMWT, Ooi Choon Lim, …
Menangi Barangan Mercedes-AMG Formula One dalam Kempen Petronas Race to Win
Petronas telah melancarkan kempen ‘Race to Win’ yang diadakan bersempena dengan Formula One Petronas Malaysia Grand Prix 2016 yang akan berlangsung di litar Sepang dari 30 September hingga 1 Oktober ini. “Kami mempelawa pelanggan untuk membelanjakan sekurang-kurangnya RM40 untuk minyak Petronas Primax dan sapu kad Mesra di mana-mana stesen Petronas di seluruh negara …
OD Racing Perkenal Barisan Pelumba dan Jentera Bagi Musim Baru Asian Le Mans
OD Racing, nama yang tidak asing lagi dalam dunia sukan bermotor di rantau Asia, hari ini memperkenalkan barisan pelumbanya yang terdiri dari Fairuz Fauzy, ‘Prince of Drift’ Malaysia iaitu Tengku Djan Ley dan Jono Lester sebagai pemandu ketiga. Berasal dari New Zealand, Jono memulakan kariernya dengan langkah kanan apabila muncul …
Norizan: Tahun Mencabar Buat Pasukan
Norizman Ismail akui beberapa litar baharu yang diperkenalkan pada musim 2016 dilihat tidak banyak memberi kelebihan buat jentera Honda khususnya bagi kategori CP130 di dalam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2016. Menjelang perlumbaan pusingan kelapan di Temerloh, Pahang, 24 dan 25 September ini, pelumba senior dari pasukan Harian Metro …
Mazda Mega Sales Roadshow di 1Utama dari 28 September
Bermaz Motor akan mengadakan Mazda Mega Sales Roadshow di kompleks membeli-belah 1Utama dari 28 September hingga 3 Oktober ini. Mana-mana pengunjung yang membuat pembelian akan mendapat hadiah dan juga berpeluang untuk memenangi baucar Mazda Bonanza bernilai sehingga RM10,000. Turut akan diadakan adalah cabaran Mazda Paper Craft yang menyediakan hadiah-hadiah menarik untuk …
The Distinguished Gentleman’s Ride 2016 ke Pulau Pinang Hujung Minggu Ini
Pada 25 September ini, jalan-jalan di serata dunia akan digegarkan oleh deruman dari enjin motosikal klasik bersempena dengan acara “The Distinguished Gentleman’s Ride” (TDGR) yang bertujuan mengutip dana dan meningkatkan kesedaran tentang kesihatan lelaki, khususnya kanser prostat dan pencegahan bunuh diri. TDGR diasaskan pada 2012 oleh Mark Hawwa di Sydney, Australia, …
Estate + SUV = Mercedes-Benz E-Class All-Terrain
Mercedes-Benz telah memperkenalkan satu lagi variasi E-Class iaitu E-Class All-Terrain, yang bakal bersaing rapat dengan Audi Allroad dan Volvo V90 Cross Country yang baru ditayangkan beberapa hari lalu. Ia akan membuat kemunculan pertamanya di Paris Motor Show 2016 yang bakal berlangsung tidak lama lagi dan akan dijual bermula tahun hadapan. Menggabungkan keluasan …
Pencarian Pelumba Cub Prix 2017 Dapat Sambutan Positif
Pencarian pelumba muda Kejuaraan Cub Prix – ‘Malaysian Cub Prix’s Rider Search 2017’ yang dimulakan sejak sebulan lalu menerima sambutan positif dengan permohonan oleh ratusan remaja yang berminat untuk memulakan karier sebagai pelumba di Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS. Melihat kepada sambutan menggalakkan, pihak promoter kejuaraan, Safe Aim Mutual …
Persaingan Sengit Mencari Pelapis ‘SuperKIP’
Perebutan takhta bagi kategori Cabaran Honda Wave Alpha semakin memuncak apabila kelompok pendahulu saling bertukar kedudukan diantara tiga pelumba teratas menjelang perlumbaan pusingan kelapan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Temerloh, Pahang, 24 dan 25 September ini. Berbaki tiga pusingan sahaja sebelum penamat musim 2016, perebutan bagi kategori perlumbaan …