Sah! KMSB Henti Edar Motosikal Kawasaki Mulai 1 Oktober 2021
KMSB Motors Sdn. Bhd. (sebelum ini dikenali sebagai Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd.) mengumumkan bahawa ia akan menghentikan operasi pengedaran motosika Kawasaki berkuat kuasa 1 Oktober 2021. Dalam satu kenyataan rasmi, syarikat itu berkata bahawa keputusan dibuat oleh Lembaga Pengarah dan Pengurusan KMSB setelah mengambil kira beberapa perkembangan penting dalam …
BMW Malaysia Lancar BMW iX Configurator, Ada 7 Pilihan Pakej
BMW Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran BMW iX Configurator di laman web rasminya. Ia membolehkan pelanggan yang telah membuat pratempahan atau mereka yang merancang untuk menempah iX xDrive40 (sebelum 12 Oktober) memilih salah satu daripada tujuh pakej tambahan yang ditawarkan untuk SUV elektrik itu. Power Package (RM4,600) merangkumi BMW i …
Suzuki Jimny Akhirnya Masuk Pasaran Malaysia – RM168,900
Seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini, Suzuki Jimny akhirnya dilancarkan untuk pasaran Malaysia menerusi Naza Eastern Motors selaku pengedar rasmi jenama Suzuki di negara ini. Model generasi keempat ini hadir sebagai model CBU dari Jepun dengan harga RM168,900 (harga atas jalan, tidak termasuk SST). Untuk pasaran Malaysia, Jimny hadir dengan enjin …
Maybach Rai Ulang Tahun Ke-100 Dengan Dua Model Edisi Terhad
Sejak sekian lamanya, segmen ultra-mewah dikuasai oleh jenama-jenama British seperti Rolls-Royce dan Bentley, biarpun kedua-duanya kini dimiliki oleh dua gergasi automotif dari Jerman iaitu BMW Group dan Volkswagen Group. Daimler pula telah mencuba untuk memecah dominasi ini sejak bertahun-tahun lamanya menerusi Maybach, namun sayangnya ia dilihat sekadar sebagai sub-jenama kepada …
Acura Integra Generasi Ke-5 Sah Hadir Sebagai Liftback Lima Pintu
Apabila teaser untuk Integra generasi kelima didedahkan pada Ogos lalu, ramai yang tertanya-tanya, adakah Acura akan menghidupkan semula semula coupe dua pintu seperti model generasi keempat? Persoalan itu akhirnya terjawab apabila Acura menyiarkan gambar teaser terbaharu yang menunjukkan bahagian belakang model tersebut. Seperti yang boleh dilihat dengan jelas, Integra baharu …
Modenas Pulsar NS200 Kini Dalam Tiga Warna Baharu
Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) hari ini memperkenalkan pilihan warna dan rekaan grafik baharu bagi model Modenas Pulsar NS200 iaitu Plasma Blue, Burnt Red dan Pewter Grey. Motosikal ‘street bike’ keluaran Modenas ini pertama kali dilancarkan pada Mei 2017 dan telah terjual lebih daripada 8,000 unit di seluruh …
Toyota Laser Motor PJ Ambil Berat Tentang Pelanggan, Pasang Filem Antimikrob Rikeguard
Dalam satu langkah untuk mendemonstrasikan sikap mengambil berat terhadap pelanggan dan pelawat mereka, Toyota Laser Motor PJ telah memasang filem antimikrob Rikeguard di premis mereka di Seksyen 19 Petaling Jaya untuk perlindungan pelanggan mereka. Rikeguard, filem antimikrob yang dihasilkan di Jepun adalah filem perlindungan No.1 Jepun dan diedarkan secara eksklusif …
Kawasaki Z650RS – Jentera Moden Retro Saiz Pertengahan
Mengambil kesempatan ke atas segmen moden retro yang semakin popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Kawasaki memperkenalkan model terbarunya iaitu Z650RS. Menurut syarikat itu, ia diinspirasikan daripada model Z650-B1 keluaran tahun 1977. Seperti Z900RS yang dilancarkan di Malaysia tiga tahun yang lalu, Z650RS menggabungkan gaya retro dan teknologi moden. Sebagai …
Ducati Malaysia Beri Lanjutan Waranti 3 Bulan
Ducati Malaysia mengumumkan lanjutan waranti selama tiga bulan untuk pemilik Ducati yang tempoh jaminannya tamat antara Ogos hingga September 2021. Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha syarikat untuk membantu pelanggan yang tidak dapat menghantar motosikal mereka untuk diselenggara ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pemilik yang layak hanya perlu membuat …
Toyota Corolla Cross Hybrid Bakal Dilancarkan Bulan Depan?
Sebelum ini, kami melaporkan yang UMW Toyota Motor akan melancarkan sesuatu pada 27 September 2021. Rupa-rupanya, syarikat itu hanya menekankan komitmen mereka terhadap elektrifikasi di Malaysia menerusi pelancaran teknologi Hibrid Elektrik (HEV). Bagaimanapun, imej-imej yang disiarkan bersama dengan siaran media mengandungi lakaran sebuah SUV yang kelihatan tidak ubah seperti Toyota …