Berita Auto

Harga Rasmi Honda City RS e:HEV Diumumkan – RM105,950

Selepas beberapa bulan Honda City generasi kelima dilancarkan, Honda Malaysia akhirnya mengumumkan harga rasmi bagi varian City RS e:HEV iaitu RM105,950.45 (atas jalan tidak termasuk insurans). Seperti yang diumumkan semalam, City RS e:HEV merupakan model pertama Honda Malaysia yang dilengkapi dengan teknologi telematik Honda CONNECT yang membolehkan pemandu berhubung dengan …

READ MORE →
Berita Auto

Mazda CX-3 Facelift (2021) Dilancarkan Di Malaysia

Bermaz Motor hari ini mengumumkan ketibaan Mazda CX-3 2021 facelift yang hadir dengan ciri infotainmen dan keselamatan yang telah ditambah baik. Diimport sepenuhnya dari Jepun, crossover kompak ini dijual pada harga RM130,729 (harga atas jalan tanpa insurans) selepas pengecualian cukai jualan 50%. Bermula dengan bahagian luaran, CX-3 kini didatangkan dengan …

READ MORE →
Berita Auto

Aplikasi Honda CONNECT Dilancarkan Di Malaysia

Honda Malaysia hari ini melancarkan Honda CONNECT yang menggunakan teknologi telematik bagi membolehkan pemilik berhubung dengan kereta mereka menerusi aplikasi telefon pintar. Dari segi keselamatan dan sekuriti, Honda CONNECT didatangkan dengan ciri-ciri berikut: Automatic Collison Detection System – menawarkan sokongan kepada pemandu menerusi Pusat Panggilan Bantuan Tepi jalan 24 Jam …

READ MORE →
Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Kia EV6 – Crossover Elektrik Terbaharu Dari Korea Selatan

Kia telah mendedahkan beberapa gambar serta video teaser bagi kenderaan elektrik bateri (BEV) pertamanya yang dibina di atas platform Electric-Global Modular Platform atau lebih dikenali sebagai E-GMP. Platform ini juga digunakan oleh Hyundai Ioniq 5 yang diperkenalkan baru-baru ini. Menurut Kia, model baharu itu akan dikenali sebagai EV6. Ia merupakan …

READ MORE →
Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Volvo XC20 Mungkin Buka Jalan Untuk EV Pertama Proton

Sejurus selepas melancarkan C40 Recharge beberapa hari yang lalu, Volvo turut mengumumkan pelannya untuk menjadi pengeluar kereta elektrik sepenuhnya menjelang 2030. Jadi, logiklah jika model seterusnya yang datang daripada pengeluar kenderaan Sweden itu adalah kenderaan elektrik (EV). Menurut laporan daripada Auto Express, Volvo mungkin akan perkenalkan sebuah model SUV subkompak …

READ MORE →
Berita Auto

McLaren 765LT Dapat 1,000 HP Hasil Talaan Hennessey

Dengan 765 hp dan 800 Nm, 765LT adalah antara jentera McLaren paling berkuasa pernah dihasilkan. Namun, pasti ada pemilik yang akan mencari jalan untuk meningkatkan prestasi jentera mereka. Untuk itu, syarikat talaan terkenal iaitu Hennessey telah membangunkan pakej naik taraf untuk model tersebut. Dikenali sebagai HPE1000, pakej tersebut merangkumi penapis …

READ MORE →
Berita Auto

Mitsubishi Motors Malaysia Lancar Bilik Pameran Dalam Talian

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini melancarkan bilik pameran dalam talian bagi memenuhi keperluan pelanggan mereka yang ingin membeli kenderaan Mitsubishi secara dalam talian. Ciri utama bilik pameran dalam talian ini adalah pandangan 360 darjah bagi bahagian luaran dan dalaman kenderaan, serta galeri yang mengandungi lebih banyak imej kenderaan dari …

READ MORE →
Berita Auto

Mungkinkah Ini Perodua Alza Generasi Baharu?

Pertama kali dilancarkan pada 2009, MPV segmen B Perodua iaitu Alza sepatutnya sudah lama digantikan. Banyak laporan telah muncul sejak beberapa tahun kebelakangan ini tentang model seterusnya yang akan menggunakan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA), namun baru sekarang kita dapat melihat apa yang dikatakan mungkin menjadi Alza generasi kedua. …

READ MORE →
Berita Auto

Porsche 911 Ini Direstorasi Oleh Gunther Werks

Gunther Werks baru sahaja menyiapkan projek restorasi Porsche 911 (generasi 993) yang dikenali sebagai Irish Green Commission. Seperti yang tertera pada namanya, jentera ini didatangkan dalam warna hijau Irish Green. Ia dikontraskan dengan kemasan gentian karbon pada bahagian bonet dan bumbung, serta warna emas pada bahagian sisi dan rim ala-Fuchs …

READ MORE →
Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Porsche Taycan Cross Turismo – Wagon Elektrik Yang Lasak

Porsche telah memperkembangkan barisan model elektrik mereka dengan pengenalan model baharu yang dikenali sebagai Taycan Cross Turismo. Menurut Porsche, ia dibangunkan sebagai versi off-road yang versatil. Seperti yang boleh dilihat, Taycan Cross Turismo boleh dibezakan menerusi bentuk badan wagon dengan garis bumbung menjunam yang digelar sebagai “flyline” oleh jurureka Porsche. …

READ MORE →