Volkswagen Beri Tawaran Istimewa Sepanjang Mac
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) memulakan bulan Mac dengan penjimatan ke atas rangkaian model Passat dan tawaran alat ganti baharu ke dalam Repair Packages (Pakej Pembaikan). Tawaran ke atas Passat Elegance dan Passat R-Line telah dilanjutkan. Pelanggan kini akan menikmati insurans percuma selama setahun bernilai RM5,500 dan rebat petrol percuma …
BMW 430i Coupe M Sport Dilancarkan – RM455k
BMW Group Malaysia telah melancarkan BMW 430i Coupe M Sport terbaharu, kira-kira sebulan selepas model itu dibuka untuk pra-tempahan. Ia dijual pada harga RM454,800 (atas jalan, tanpa insurans) termasuk jaminan tanpa had perbatuan selama lima tahun dan program penyelenggaraan berjadual percuma. Model ini didatangkan standard dengan pakej M Aerodynamics berserta …
MINI Countryman Versi Facelift Dilancarkan Di Malaysia
Acara BMW Group Malaysia yang diadakan hari ini bukan sahaja menyaksikan pelancaran beberapa model BMW dan BMW Motorrad, malah juga MINI Countryman versi facelift. Varian Cooper S ditawarkan pada harga RM244,265.76 manakala varian hibrid plug-in (PHEV) iaitu Cooper SE pula berharga RM254,461.84. Harga-harga berkenaan adalah termasuk pengecualian cukai jualan dan …
BMW X7 Versi CKD Bakal Dilancarkan – RM708,000
BMW Group Malaysia hari ini mempertontonkan model terbaru yang menyertai barisan pemasangan tempatan (CKD) mereka iaitu BMW X7. Seperti versi CBU yang dilancarkan di sini pada Julai 2019, versi CKD ini akan ditawarkan dalam trim xDrive40i Pure Excellence. Ini bermakna SUV besar ini dikuasakan oleh enjin turbo 3.0-liter enam silinder …
BMW R 18 Classic, S 1000 RR Kini Di Malaysia
BMW Motorrad Malaysia telah memperkenalkan dua penambahan baharu dalam barisan cruiser dan superbike mereka iaitu R 18 Classic dan S 1000 RR. Kedua-dua model boleh didapati di semua wakil pengedar BMW Motorrad di seluruh negara bermula hari ini (26 Februari). Berikut adalah perincian ringkas kedua-dua model tersebut: R 18 Classic …
Land Rover Defender Kini Dengan Kuasa V8
Land Rover telah melancarkan Defender V8 baharu, varian paling berkuasa dalam barisan model Defender. Seperti varian-varian lain yang diperkenalkan sebelum ini, ia boleh didapati dalam versi 90 dan 110. Penawaran terbaharu dari pengeluar SUV terkemuka itu mempunyai 525 PS dan 625 Nm tork yang dibekalkan oleh enjin supercharged V8 bersesaran …
7 Honda Edisi Istimewa Untuk Dimenangi Menerusi Kempen ‘1 Million Dreams’
Bagi meraikan pencapaian jualan yang ke-1 juta unit, Honda Malaysia hari ini melancarkan kempen ‘1 Million Dreams’ di mana orang ramai berpeluang untuk memenangi tujuh buah kereta Honda serta pelbagai lagi hadiah menarik. Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Toichi Ishiyama, kempen berkenaan merupakan satu inisiatif bertujuan …
Volvo XC40 Recharge T5 R-Design Kini Di Malaysia
Volvo Car Malaysia hari ini melancarkan XC40 Recharge T5 R-Design baharu, sekaligus mengembangkan barisan model hibrid plug-in (PHEV) mereka. Mulai sekarang, semua model Volvo yang mempunyai teknologi elektrifikasi, sama ada PHEV atau EV, akan menggunakan nama ‘Recharge’. Jadi, pastikan anda tidak terkeliru dengan XC40 Recharge P8 yang merupakan model elektrik …
Kia Carnival Generasi Ke-4 Masuk Pasaran AS
Kia Carnival generasi keempat telah tiba di Amerika Syarikat, enam bulan selepas ia diperkenalkan di peringkat global. Menggantikan Sedona, Carnival merupakan model pertama yang dijual di AS dengan logo terbaharu Kia yang boleh didapati pada bahagian bonet dan lampu belakang. Ia akan ditawarkan dalam empat varian iaitu LX, EX, SX …
GMA T.50s Niki Lauda Adalah Senjata Litar Berprestasi Tinggi
Enam bulan selepas memperkenalkan supercar pertamanya iaitu T.50, Gordon Murray Automotive (GMA) kini kembali dengan varian yang lebih hardcore yang dikenali sebagai T.50s Niki Lauda. Rasanya tidak perlu diperkatakan lagi siapakah sumber inspirasi bagi model ini. Seperti versi standard, T.50s Niki Lauda turut dikuasakan oleh enjin NA 3.9-liter V12, namun …