Honda HR-V Generasi Ketiga Didedahkan
Gabungan reka bentuk hatchback yang bergaya dengan praktikaliti sebuah SUV yang diketengahkan oleh Honda HR-V generasi kedua dilihat berjaya memacu popularitinya. Namun, setelah lapan tahun berada di pasaran, kini tiba masa untuk crossover itu memberikan ruang kepada penggantinya. Bakal memasuki pasaran Eropah lewat akhir tahun ini, HR-V generasi ketiga menampilkan …
Triumph Trident 660 Terjah Pasaran Malaysia
Fast Bikes Sdn Bhd, pengedar rasmi motosikal Triumph di Malaysia, telah mengumumkan ketibaan Triumph Trident 660 yang dijual pada harga RM43,900. Syarikat itu berkata bahawa model tersebut akan tiba di semua bilik pameran Triumph bermula 20 Februari dan setakat ini, lebih 50 unit telah ditempah. Seperti yang tertera pada namanya, …
Gempa Bumi: Toyota Gantung Operasi Pengeluaran Di Jepun
Gempa bumi dengan magnitud 7.3 yang melanda wilayah Fukushima, Jepun baru-baru ini telah memaksa Toyota untuk menangguhkan sementara pengeluaran kenderaan di sembilan kilang mereka. Keputusan itu dibuat kerana gangguan rantaian bekalan yang dialami oleh Toyota berikutan operasi pembekal yang terjejas akibat bencana alam itu. Menurut laporan Auto News, penangguhan itu …
Porsche 911 GT3 Dibuka Untuk Pra-Tempahan Di Malaysia
Sejak 1999, Porsche menghasilkan 911 GT3 untuk menunjukkan bahawa kepakaran mereka dalam sukan permotoran boleh diaplikasikan pada model jalanan. Konsep ini diteruskan sehinggalah ke hari ini dengan pengenalan model generasi ketujuh yang lebih pantas berbanding edisi-edisi terdahulu. ‘Nadi’ yang menggerakkan 911 GT3 baharu adalah enjin aspirasi natural enam silinder bersesaran …
Mitsubishi Outlander Generasi Ke-4 Diperkenalkan
Setelah diacah berkali-kali, Mitsubishi akhirnya memperkenalkan Outlander serba baharu yang hadir dengan reka bentuk luaran dan dalaman yang segar, serta pelbagai teknologi terkini yang menjadikan ia lebih lasak. Seperti yang didedahkan sebelum ini, model generasi keempat ini mempunyai wajah ‘Dynamic Shield’ baharu yang diapit oleh lampu nyalaan siang yang langsing …
Honda CB650R, CBR650R Dipertingkatkan Untuk Tahun 2021
Diperkenalkan buat kali pertama pada 2019, Honda CB650R and CBR650R berjaya menarik perhatian pembeli dengan membawa identiti segar ke barisan model saiz pertengahan (middleweight). Untuk 2021, kedua-dua model berkenaan menerima naik taraf yang melibatkan kelengkapan serta penampilan. Menurut Boon Siew Honda, kedua-dua CCB650R dan CBR650R kini dilengkapi dengan fork Showa …
Rangka Tindakan Lestari ‘Perodua Smart Build’ Dilancarkan
Perodua hari ini melancarkan rangka tindakan lestari (sustainable blueprint) pertamanya yang merangkumi hampir seluruh ekosistem pembekal dan pengedar automotif Malaysia. Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad, rangka tindakan yang dikenali sebagai Perodua Smart Build itu bertujuan untuk mendorong Perodua dan industri ke arah globalisasi yang …
Ferrari 812 GTS Lebih ‘Jahat’ Dengan Sentuhan Novitec
Selepas melancarkan pakej naik taraf untuk Ferrari 821 Superfast dua tahun lalu, Novitec kini memperkenalkan pula pakej yang hampir sama untuk versi convertible-nya iaitu 812 GTS. Hasilnya adalah kuasa yang lebih tinggi serta prestasi aerodinamik yang lebih baik. Dengan sentuhan magis jurutera Novitec, enjin NA 6.5-liter V12 yang terletak di …
Jenama Kereta Turki TOGG Akan Lancar SUV Elektrik Pada 2022
Segmen kereta elektrik (EV) tidak disangkal lagi memang mencabar namun dengan permintaan yang semakin meningkat, ia juga menjanjikan pulangan yang lumayan. Maka, tidak hairanlah jika negara membangun seperti Turki ingin menyertainya. Memperkenalkan, jenama automotif pertama negara itu, TOGG (Türkiye’nin Otomobili Girişim Grubu). Dilancarkan pada Disember 2019 oleh Presiden Recep Tayyip …
Lelaki Hadiahkan Bugatti Chiron Sport Merah Jambu Kepada Isteri
Hadiah Hari Valentine biasanya agak klise iaitu bunga, coklat, beg tangan, minyak wangi atau peranti. Bagaimanapun, seorang lelaki baru-baru ini menghadiahkan sebuah Bugatti Chiron Sport custom kepada isterinya bersempena hari kekasih tahun ini. Dikomisenkan menerusi wakil pengedar Bugatti di London iaitu H.R. Owen, Chiron Sport tersebut menampilkan gabungan warna putih …