Toyota GR 86 Akan Buat Kemunculan Di Goodwood Festival Of Speed
Diperkenalkan di peringkat global pada April lalu, Toyota GR 86 bakal memulakan siri jelajah publisiti sebagai persediaan pelancarannya ke pasaran United Kingdom pada tahun hadapan. Lokasi pertama yang akan dikunjungi oleh kereta sport itu adalah Goodwood Festival of Speed pada Julai ini. Toyota tidak akan sekadar meletakkan kereta itu untuk …
Porsche 911 GTS – Alternatif Kepada Carrera Dan Turbo
Diposisikan antara 911 Carrera dan 911 Turbo, ahli terbaharu dalam keluarga Porsche 992 iaitu 911 GTS tampil dengan gabungan prestasi, gaya dan emosi. Dalam erti kata lain, ia adalah pilihan terbaik untuk mereka yang mahukan sesuatu yang lebih berkuasa dari Carrera namun tidak terlalu agresif seperti Turbo. Terletak di belakang …
Vantage Roadster ‘A3’ Adalah Tribut Kepada Kereta Klasik Aston Martin
Jangan terkeliru dengan model subkompak keluaran Audi pula kerana ‘A3’ yang dimaksudkan di sini adalah kereta klasik Aston Martin. Ia merupakan unit yang ketiga daripada lima buah prototaip yang dihasilkan oleh Aston Martin sebelum syarikat itu memulakan pengeluaran kenderaan secara bersiri dan ia sering dipandu oleh pengasas bersama iaitu Lionel …
Porsche 911 GT2 RS Pecah Rekod Kereta Produksi Di Nurburgring
Dengan enjin turbo berkembar 3.8-liter enam silinder yang menjana 700 PS dan 750 Nm, Porsche 911 GT2 RS adalah jentera yang sangat pantas. Ditambah pula dengan kit prestasi Manthey, anda akan mempunyai sebuah kereta yang mampu memecahkan rekod. Sebenarnya, itulah yang dilakukan oleh Porsche dengan kereta sport flagship ini apabila …
Honda Civic Hatchback 2022 Diperkenalkan Secara Rasmi
Honda secara rasminya telah memperkenalkan Civic Hatchback baharu, kira-kira dua bulan selepas kemunculan versi Sedan di peringkat global. Ia akan menjadi asas kepada Civic Type R generasi seterusnya yang dilaporkan akan diperkenalkan pada tahun hadapan. Model hatchback ini menggunakan konsep reka bentuk yang sama dengan model sedan namun jika diperhatikan …
Alejandro Mesonero-Romanos Ketuai Bahagian Reka Bentuk Alfa Romeo
Alfa Romeo hari ini mengumumkan pelantikan Alejandro Mesonero-Romanos sebagai ketua pereka bentuk baharunya bermula 1 Julai ini. Warganegara Sepanyol itu adalah veteran dalam industri automotif dan cukup dikenali dengan hasil kerjanya semasa berkhidmat di Seat. Merupakan graduan Royal College Art London ini, Alejandro memainkan peranan dalam penghasilan Renault Laguna generasi …
Toyota Supra ‘Fast & Furious’ Dilelong Pada Harga RM2.3 Juta
Masih ingat Toyota Supra berwarna oren yang akan dilelong oleh Barrett-Jackson ini? Acara lelongan tersebut telah melabuhkan tirainya di Las Vegas baru-baru ini dan seperti yang dijangka, ia dibida pada harga yang tinggi iaitu $550,000 (RM2.3 juta), sekaligus menjadikannya Supra paling mahal setakat ini. Membelanjakan setengah juta dolar untuk sebuah …
Ini Mungkin Rupa Mazda CX-50 Yang Akan Datang
Ia bukanlah satu rahsia yang Mazda ingin meletakkan diri mereka sebagai jenama premium alternatif kepada pengeluar-pengeluar kenderaan Eropah yang sedia ada. Mazda3 dan CX-30 sedikit sebanyak menunjukkan kemampuan Mazda dalam menghasilkan kenderaan berkualiti tinggi dan kini, pengeluar dari Hiroshima itu ingin terus membuktikan yang mereka layak bersaing dalam segmen premium …
Peugeot 106 Sambut Ulangtahun Ke 30 Tahun Ini
Peugeot 106 sudah cukup tua untuk menjadi kereta collector. Di Malaysia, Peugeot tua tidak biasa, tetapi tidak ghaib. Kita sering melihat model 306 dan 405 yang lebih tua, tetapi biasanya bukan yang lebih kecil. Walau bagaimanapun, di Eropah, model siri 106 yang lebih kecil cukup popular. Plat nama ini bermula …
Audi RS3 (2022) Bakal Hadir Dengan Enjin 400 PS Dan RS Torque Splitter
Walaupun Audi sedang rancak melaksanakan pelan elektrifikasi mereka, dua model RS terkecilnya iaitu RS3 Sportback dan RS3 Sedan generasi baharu sah akan kekal dengan enjin pembakaran dalam lima silinder dengan pengecas turbo. Selain itu, kedua-duanya juga mempunyai beberapa ciri baharu yang menjadikannya lebih lincah dan dinamik berbanding sebelum ini. Bersesaran …