Pengecualian Cukai PENJANA SST Untuk Kereta CKD & CBU Dilanjutkan Sehingga Pertengahan 2021
Sejak berlakunya pandemik ini, sektor automotif berdepan situasi yang amat sukar dari segi penjualan dan penghantaran kereta. Untuk membantu industri ini baik pulih, kerajaan melaksanakan Pelan Jana Semula Ekonomi PENJANA. Ini memberikan pengecualian 100% SST kereta penumpang tempatan dan kereta penumpang import sepenuhnya 50% SST. ini pertama kali diumumkan pada …
Koenigsegg Agera RS Refinement Ambil Ilham One:1
Diperkenalkan pada 2015, Koenigsegg Agera RS adalah antara hypercar paling eksklusif di dunia di mana hanya 25 unit dibina. Bukan itu sahaja, kontroversi yang menyelubungi percubaan kelajuan maksimum SSC Tuatara bermakna ia masih kekal sebagai kereta produksi paling laju dengan rekod 447.19 km/j. Kini, Koenigsegg memperkenalkan sebuah Agera RS yang …
BMW M5 CS Bakal Hadir Pada Awal 2021
Dengan 625 hp dan 750 Nm yang dibekalkan oleh enjin 4.4-liter dwi-turbo V8, tidak dinafikan yang BMW M5 Competition adalah antara sedan berprestasi tinggi yang paling mengujakan. Bagaimanapun, BMW yakin bahawa ruang untuk penambahbaikan masih terbuka luas. Oleh itu, mereka akan memperkenalkan M5 CS pada tahun hadapan. Seperti model-model CS …
Daihatsu Perkenal Barisan Tokyo Auto Salon 2021
Bakal dianjurkan secara maya, acara Tokyo Auto Salon (TAS) 2021 mungkin kurang meriah jika hendak dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini namun ini tidak menghalang Daihatsu daripada memperkenalkan beberapa rekaannya yang unik dan menarik. Untuk tahun 2021, barisan TAS Daihatsu terdiri daripada lima kenderaan dan mengetuainya adalah Hijet Jumbo Sportza Ver. …
BMW 530i M Sport Dark Shadow Edition Dilancarkan
BMW Malaysia hari ini melancarkan BMW 530i M Sport Dark Shadow Edition yang hadir dengan tema serba hitam. Terhad kepada 36 unit sahaja, model ini dijual pada harga RM392,800, bersamaan tambahan sebanyak RM10,000 berbanding 530i M Sport biasa. Model edisi terhad ini ditawarkan dalam satu warna sahaja iaitu Carbon Black. …
Ferrari F355 Spider Milik Shaq Lain Dari Yang Lain
Sebuah Ferrari F355 Spider yang dikatakan milik bekas pemain bola keranjang Shaquiille O’Neal kini sedang dilelong di laman web BringaTrailer dengan bidaan semasa mencecah $46,000 (RM186,346). Sekali imbas, ia kelihatan seperti F355 Spider biasa sahaja namun menurut laman web tersebut, unit ini telah dimodifikasi bagi membolehkan bekas bintang LA Lakers …
Bentley Mulliner Kini Menawarkan Trim Tweed Untuk Pintunya
Tweed adalah pilihan hiasan dalaman yang cukup popular dengan kereta Eropah yang lama-lama, tetapi tidak pernah dipandang sebagai pilihan yang mewah. Kami telah melihatnya pada VW Golf dan juga beberapa kenderaan Benz yang lama. Walaupun begitu, Bentley Mulliner akan membolehkan pelanggan menyesuaikan Flying Spur, Continental GT atau Bentayga mereka dengan …
Sebuah Lagi Ford Mustang Terbabas
Jika anda sering mengikuti perkembangan dunia permotoran, anda mungkin menyedari bahawa Ford Mustang sering kehilangan kawalan dan terbabas. Kejadian seumpama ini bukan sahaja kerap berlaku di negara kelahiran Mustang iaitu di Amerika Syarikat, malah di Malaysia juga sudah beberapa kali jentera ini dilihat terlibat dalam kemalangan. Di sini, terdapat satu …
15 Daripada McLaren Sabre Ini Dibuat Hanya Untuk Pelanggan AS
McLaren Special Operations baru sahaja menyerahkan 15 pelanggan Amerika Syarikat supercar paling kustom McLaren Sabre mereka tersendiri. McLaren Sabre ini direka dan diselaraskan untuk pasaran Amerika tetapi apa yang istimewa ialah: Ianya adalah kereta bukan-hibrid mereka yang paling kuat, dan McLaren dua tempat duduk terpantas yang pernah dihasilkan dengan angka …
KPDNHEP Terima 16 Unit Honda Civic 1.8S
Honda Malaysia hari ini mengumumkan penyerahan 16 unit Honda Civic 1.8S kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Ini merupakan kali pertama model Honda diserahkan untuk kegunaan Kementerian tersebut. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, “Bagi pihak Honda Malaysia, kami rasa berbangga …