Honda Civic Type R Limited Edition Kereta FWD Terpantas di Suzuka!
Gelaran kereta pacuan roda hadapan terpantas di Litar Suzuka yang dipegang oleh Renault Megane R.S Trophy-R sejak penghujung tahun lalu nampaknya telah dirampas oleh Honda Civic Type R Limited Edition. Hot hatch dari Jepun itu berjaya mengelilingi litar sepanjang 5.8 km itu dengan catatan masa 2 minit 23.9 saat, iaitu …
Hyundai Dedah Reka Bentuk Elantra N Line
Hyundai Elantra generasi ketujuh yang diperkenalkan pada Mac lalu mempunyai penampilan yang agak segak, namun dengan versi N Line ini, sedan segmen C itu pasti akan menarik lebih banyak perhatian. Bermula dari bahagian hadapan, Elantra N Line dilihat mempunyai corak jeriji yang lebih agresif dan logo N Line, manakala bampar …
Lamborghini Sian Roadster Hadir Dengan 819 hp
Lamborghini telah memperkenalkan Sian Roadster sebagai susulan kepada Sian versi coupe yang didedahkan pada September tahun lalu. Menurut pengeluar supercar itu, hanya 19 unit akan dihasilkan, jauh lebih rendah berbanding 63 unit yang dihadkan untuk versi coupe tersebut. Ini menjadikan Sian Roadster lebih ‘rare’ dan pastinya lebih bernilai. Seperti yang …
Aston Martin KL Lancarkan Satu-Satunya Vantage AMR Malaysia Edition
Apa yang anda sedang lihat ini adalah Aston Martin Vantage AMR Malaysia, sebuah model edisi terhad yang mengambil inspirasi dari Vantage AMR. Hanya satu unit ditawarkan dan ia kini sedang dipamerkan di bilik pameran Aston Martin Kuala Lumpur. Seperti Vantage AMR, kemasan berwarna Lime Essence menghiasi jeriji dan diffuser, serta …
Toyota Corolla Cross – Apabila Corolla Bertemu SUV
Toyota telah memperkenalkan crossover segmen-C baharu yang dikenali sebagai Corolla Cross di Thailand. Ini merupakan kali pertama nama Corolla digunakan pada kenderaan jenis crossover sejak ia diperkenalkan pada 1966. Seperti Corolla Altis dan C-HR, Corolla Cross dibina di atas platform TNGA-C. Bagaimanapun, tidak seperti dua model tersebut yang menggunakan suspensi …
VOTY 2020//Crossover Tahunan – Mazda CX-30
Ini merupakan model CX-30 yang pertama dalam sejarah Mazda. Melihat kepada namanya, anda mungkin fikir ia mempunyai banyak persamaan dengan CX-3 tetapi ia sebenarnya merupakan versi crossover kepada Mazda3 generasi keempat yang diperkenalkan di peringkat global pada akhir 2018. Dari segi saiz, model ini diposisikan di antara CX-3 dan CX-5 …
VOTY 2020//Kenderaan Tahunan – Proton X70 (CKD)
Walaupun mengambil masa yang lebih lama daripada yang dijadualkan, Proton X70 versi pemasangan tempatan (CKD) akhirnya dilancarkan dengan bukan satu atau dua tetapi 17 perubahan, pada harga yang lebih menarik. Ia juga menjadi model pertama yang mengguna pakai logo Proton baharu. Salah satu daripada perubahan tersebut adalah penggunaan transmisi dwi-klac …
VOTY 2020//SUV 7 Tempat Duduk Tahunan – Hyundai Santa Fe
Hyundai Santa Fe generasi keempat yang dilancarkan di Malaysia pada tahun lalu dipilih sebagai pemenang kategori ini kerana ia menawarkan gabungan kualiti binaan, pakej dan prestasi yang lebih baik berbanding pesaing-pesaingnya. Reka bentuknya yang menarik perhatianjuga mencerminkan sejauh mana Hyundai telah maju sebagai sebuah pengeluar automotif dari Asia. Sebagai sebuah …
VOTY 2020//Sedan Mewah Tahunan – BMW 7 Series
Tidak seperti sebelum ini, 740Le versi facelift (atau LCI dalam bahasa BMW) hadir dengan enjin enam silinder dan ini bermakna ia mempunyai perwatakan pemanduan yang lebih garang. Ini bersesuaian dengan reka bentuknya yang kini lebih segak dan bergaya. Jeriji kidney’ yang besar itu pada mulanya tampak janggal, namun lama-kelamaan ia …
VOTY 2020//SUV Mewah Tahunan – Volvo XC90 T8
Untuk tahun 2020, Volvo XC90 diberikan sedikit penambahbaikan yang melibatkan kelengkapan (bateri berkapasiti lebih besar) dan juga penampilan (jeriji cekung, serta rekaan rim dan tombol gear baharu). Apa yang menarik, ciri-ciri baharu ini diberikan tanpa sebarang kos tambahan dan ini boleh dilihat sebagai satu penjimatan dan kelebihan berbanding pesaing-pesaing terdekatnya. …