Mitsubishi Tawar Outlander Sports Edition
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini memperkenalkan model edisi terhad Outlander Sports Edition. Terhad kepada 120 unit, Outlander Sports Edition adalah berasaskan varian 2.0-liter dan didatangkan dengan bumbung berwarna hitam dan warna badan merah metalik. Gabungan warna yang garang ini dipadankan dengan gril hadapan, rim aloi dengan kemasan hitam berkilat …
Harga Hyundai Elantra Dikemaskini
Hyundai-Sime Darby Motors telah mengumumkan harga baharu yang telah dikemaskini bagi Hyundai Elantra. Harga atas jalan (OTR) bagi varian 2.0 Executive adalah RM109,888, manakala 2.0 Dynamic adalah RM113,888 dan Elantra Turbo adalah RM124,088.
SDAC Lancar Ford Everest yang Dipertingkatkan
Ford bersama rakan pengedar tempatannya, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) hari ini melancarkan versi SUV saiz sederhana, Everest yang telah dipertingkatkan. Model ini meneruskan peranannya selaku SUV yang canggih dan berteknologi tinggi menerusi sistem bantuan pemandu, tahap kelengkapan serta dinamik yang telah ditambah baik. Rekaan Everest yang mantap diperhalusi lagi dengan …
UMW Toyota Panggil Semula 6,160 Unit Prius
UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) telah mengumumkan kempen servis khas (panggilan semula atau ‘recall’) untuk mengemaskini perisian yang digunakan untuk mengawal sistem hibrid Toyota Prius. Menurut syarikat itu, panggilan semula ini melibatkan sejumlah 6,160 unit Prius 1.8 Hybrid buatan tahun 2009 hingga 2013 yang dijual di negara ini. Panggilan semula ini juga bertujuan …
Volvo XC40 Di Rumah Terbuka Sisma Auto
6 – 7 Oktober 2018, hujung minggu ini … jangan ketinggalan ini. Uji dan nikmati FIKA dan aktiviti lain di bilik pameran Bukit Bintang, KL. Hanya berjalan kaki dari Pavilion dan Jalan Imbi. Semasa fasa pembangunan XC40, pasukan penyelidikan pelanggan Volvo Cars menghabiskan masa yang cukup banyak untuk meneliti bagaimana …
SUV Paling Kompak Volvo – XC40 – Kini Di Malaysia
Volvo Car Malaysia semalam memperkenalkan standard baru keselamatan dan pengalaman pengguna bagi segmen SUV kecil premium dengan model yang telah dinobatkan sebagai “Kereta Tahunan Eropah 2018” … Volvo XC40 terbaru. Dibina khusus untuk mengatasi cabaran kehidupan moden di tengah kota, dengan matlamat untuk menjadikan pergerakan dan perjalanan agar lebih menyeronokkan, …
Hanya Temu Janji Dalam Talian Untuk Pemeriksaan Puspakom
PUSPAKOM Sdn Bhd (PUSPAKOM) telah bergerak ke arah digital dengan memperkenalkan sistem tempahan dan pembayaran dalam talian yang dipanggil MyPUSPAKOM sejak akhir tahun lepas. Pelanggan kini boleh membuat temu janji dan bayaran secara dalam talian untuk perkhidmatan di semua pusat pemeriksaan di Semenanjung Malaysia, Kuching dan Kota Kinabalu, menerusi laman web …
Ford Teruskan Program ‘Kemahiran Pemanduan Sepanjang Hayat’
Ford dan rakan pengedar tempatannya, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) sekali lagi menganjurkan program Kemahiran Pemanduan Sepanjang Hayat (Driving Skills for Life atau DSFL). Ia diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), melibatkan lebih 50 orang pemandu berlesen termasuk rakan-rakan korporat. Menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), hampir 81 peratus …
Perodua Tumpu Usaha Kurangkan Tunggakan Tempahan Myvi
Dengan sekitar 22,000 unit Myvi baharu yang masih lagi belum diserahkan setakat akhir bulan September, Perodua kini menumpukan usaha mengurangkan tempoh menunggu para pelanggannya kepada jangka masa yang lebih wajar. “Kami masih belum dapat memberikan tempoh masa penghantaran yang penuh, namun tenaga kerja di bahagian pengeluaran kami telah memulakan pengeluarannya …
Honda City Kekal Pendahulu Dalam Segmen B
Honda Malaysia hari ini meraikan kejayaan untuk model terlarisnya yang juga model nombor satu dalam segmen B, iaitu City, dengan jualan yang telah mencecah 300,000 unit di negara ini. Populariti City di Malaysia memang tidak dapat dinafikan. Model generasi kedua yang dilancarkan pada tahun 2001 mencatat jualan sebanyak 61,000 unit …