29 Januari 2016 – Harijadi Ke130 Automobil
Ia adalah dokumen yang memulakan dunia bergerak: pada 29 Januari 1886, Carl Benz memohon paten untuk “kenderaan berkuasa minyak” beliau. Ini adalah hari automobil dilahirkan. Pada tahun yang sama, bebas daripada Benz, Gottlieb Daimler membina pengangkutan bermotor beliau. Maka dengan itulah, 1886, menandakan permulaan kisah kejayaan selama 130 tahun Mercedes-Benz. Stuttgart. Sijil …
Facelift Subaru XV di Malaysia
Motor Image Malaysia, pengedar eksklusif kenderaan Subaru di Malaysia, hari ini melancarkan MY16 Subaru XV serba baru yang menawarkan estetika yang lebih baik, ciri-ciri yang dipertingkatkan dan rangkaian kuasa dioptimumkan untuk menyampaikan pengalaman pemanduan yang lebih menyeronokkan untuk para pelanggannya. MY16 Subaru XV serba baru boleh didapati dalam dua varian – …
BMW i3 Akan Dapat 50% Lebih Kuasa Elektrik Pada 2016
Jualan i3 BMW semakin naik dengan mantap dan pengurusan BMW sedar bahawa bateri yang digunakan sekarang menyekat kenaikan jualan. BMW merancang untuk meningkatkan jarak perjalanan i3nya sekurang-kurangnya 50%. Pada tahun ini, pek bateri ion litium EV padat akan diperbaiki, “dimana ianya akan meletakkan ia ke dalam jarak perjalanan yang lebih jauh” …
Eksekutif Daimler Mengetuai Tata Motors India
Tata Motors telah melantik bekas eksekutif Daimler Gunter Butschek sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, dua tahun selepas kematian ketua terdahulu Karl Slym. Eksekutif berusia 55 tahun ini dijangka memulai kerja di syarikat ini pada 15 Februari. Butschek akan mengetuai operasi Tata Motors di India dan pasaran antarabangsa termasuk Korea Selatan, Thailand, Indonesia dan Afrika …
Bagaimana Volkswagen Memasarkan Sistem Trailer Assistnya
Di sini anda boleh lihat bagaimana Volkswagen membeli sebuah treler yang agak istimewa dalam video “Trailer Assist” ini untuk menggalakkan ciri-ciri yang hampir semua pemilik Malaysia tidak akan gunakan atau mempunyai apa-apa penggunaan untuknya. ‘Trailer’ini dilengkapi dengan enjin 1.4 liter, plexiglass telus dan dipandu oleh seorang stuntman. Tonton reaksi orang ramai. …
Mugen Membawa Honda Civic Type R Ke Tahap Seterusnya
Kalau pasal bahagian prestasi untuk Honda, salah satu daripada tuner yang paling terkenal di pasaran adalah Mugen. Syarikat tuning Jepun ini bermula kecil-kecilan saja sejak 70-an lagi, apabila anak Soichiro Honda ingin bekerja dengan produk Honda tetapi dilarang daripada bekerja di Honda sendiri (kerana takut tuduhan nepotisme). Sejak itu mereka telah …
Pihak Berkuasa Perancis Serbu Faciliti Renault
Berikutan pendedahan umum oleh EPA – US Environmental Protection Agency – kewujudan perisian Defeat Device yang digunakan oleh salah satu pengeluar kereta terkemuka, satu suruhanjaya teknikal bebas telah diwujudkan oleh Kerajaan Perancis. Tujuan suruhanjaya teknikal bebas ini adalah untuk mengesahkan bahawa pengeluar kereta Perancis ini tidak memasang peranti setara dalam kenderaan mereka. Renault Group sudah …
BMW X4 Ditala & Dikerjakan Oleh LIGHTWEIGHT
Kali ini, ianya adalah X4, SUV crossover BMW. Pasukan LIGHTWEIGHT di bawah pengurusan Marc MÜLLER telah menyediakan kereta perlumbaan BMW “SAC” dengan peredam bunyi dalaman dengan tailpipes keluli tahan karat 4 x 90 mm disalut warna beku-kelabu selaras dengan warna kereta dan diberi logo ringan- timbul . Sistem ini optional dengan penjana bunyi membantu dengan pemilihan bunyi …
Toyota Motor Eropah Hantar 2 Mirai Kepada Kerajaan Belanda
Di acara “Zero Emission” yang berlangsung hari ini di The Hague, Dutch National Hydrogen Platform telah menyampaikan perancangan mereka untuk membangunkan lagi infrastruktur hidrogen. Puan Sharon Dijksma, Setiausaha Negara Belanda bagi Infrastruktur dan Alam Sekitar, menerima kunci dua kenderaan Cell Toyota Mirai Fuel baru dari Masahisa Nagata, Naib Presiden Eksekutif Penyelidikan dan …
Honda Jazz Menang Anugerah Terbaik Dalam Kelas Supermini Daripada Euro NCAP
Honda Jazz spek Eropah telah dianugerahkan dengan anugerah dari organisasi keselamatan bebas berprestij Euro NCAP, Terbaik dalam Kelas 2015 bagi kategori supermini. Sebelum ini, tahun lepas Honda Jazz Eropah telah mencapai 5 bintang yaitu penarafan keselamatan maksimum. Jazz mengalahkan lapan superminis yang lain.