Honda CR-V Black Edition Dilancarkan – RM161,913
Honda Malaysia memperkembangkan barisan CR-V dengan pelancaran varian baharu yang dikenali sebagai CR-V Black Edition. Secara asasnya, ia merupakan pakej kosmetik yang berasaskan CR-V 1.5 TC-P 2WD. Ia dijual pada harga RM161,913.99 (OTR tanpa insurans), menjadikannya RM4,298.08 lebih mahal berbanding varian yang 1.5 TC-P 2WD. Sesuai dengan namanya, CR-V Black …
VOTY 2021//Supercar of the Year – Aston Martin DBS Superleggera
Mengambil alih takhta model flagship daripada Vanquish S, DBS Superleggera dipilih sebagai pemenang Supercar of the Year tahun ini bukan sahaja disebabkan reka bentuknya yang mampu membuat sesiapa sahaja terpikat, malah prestasinya yang cukup mengagumkan. Ditambah pula dengan pelbagai sistem elektronik yang disediakan, ia mungkin supercar yang paling lengkap di …
VOTY 2021//Performance Crossover of the Year – Mercedes-AMG GLB 35
Dilancarkan pada September 2020, Mercedes-Benz GLB dibangunkan sebagai kenderaan versatil yang mudah dipandu di kawasan bandar dan pada masa yang sama tetap berkemampuan dalam menangani permukaan off-road yang mencabar. Bagaimanapun, kehadiran varian Mercedes-AMG GLB 35 membawa prestasinya ke satu tahap yang lebih tinggi. Tidak seperti GLB 200 dan GLB 250 …
VOTY 2021//Luxury Hot Hatch of the Year – Mercedes-AMG A 35
Satu lagi jentera AMG yang berjaya memikat hati para juri VOTY adalah Mercedes-AMG A 35 versi hatchback. Sebenarnya, kami tidak perlu untuk masuk ke dalam dan menekan butang penghidup enjin untuk berasa teruja – cukuplah dengan melihatnya dari luar sahaja, jentera dari Affalterbach ini akan memancarkan auranya. Perkara pertama yang …
VOTY 2021//Executive Sedan of the Year – Honda Accord
Kini dalam generasi ke-10, Honda Accord yang merupakan antara pilihan utama bagi golongan profesional dari kelas pertengahan dan pertengahan atas tampil dengan rekaan fastback yang popular di kalangan pengeluar-pengeluar kenderaan dari Jerman seperti Audi. Seperti Civic dan CR-V, Accord juga dikuasakan oleh enjin 1.5-liter VTEC Turbo empat silinder yang digandingkan …
VOTY 2021//Family Sedan of the Year – Nissan Almera Turbo
Sedan segmen B adalah antara segmen yang paling sengit di Malaysia kerana ia merupakan antara pilihan utama bagi mereka yang mempunyai keluarga kecil mahupun mereka yang baru sahaja memasuki alam pekerjaan dan ingin mencari kereta pertama. Atas sebab ini, pengeluar berlumba antara satu sama lain untuk menawarkan yang terbaik untuk …
VOTY 2021//7-Seat Family Vehicle of the Year – Mitsubishi XPANDER
Dilancarkan di Malaysia pada November tahun lalu, Mitsubishi XPANDER hadir dengan konsep reka bentuk Dynamic Shield yang membuatkan ia kelihatan gagah seperti Triton. Bagi kami, ini adalah salah satu tarikan dan kekuatan utama XPANDER, memandangkan MPV sering mempunyai penampilan yang tidak menarik dan membosankan. Satu lagi kelebihan yang ada pada …
VOTY 2021//Luxury SUV of the Year – Toyota Harrier
Harrier adalah satu nama yang tidak asing lagi dalam segmen SUV mewah. Malah, tidak keterlaluan jika kami katakan yang ia adalah simbol kejayaan bagi sesetengah individu, maka tidak hairanlah jika ia menjadi pilihan golongan berusia sama ada yang masih bekerja atau pun menghampiri usia persaraan. Setelah memandu model baharu ini, …
VOTY 2021//Electric Car of the Year – Porsche Taycan
Ketika Porsche Taycan diperkenalkan buat pertama kali pada 2019, ramai yang teruja dengan kehadiran kereta sport elektrik itu namun tidak kurang juga ada yang agak ragu-ragu dengannya dan mempersoalkan sama ada ia layak atau tidak memakai lencana jenama dari Stuttgart itu. Bagi menghapuskan segala keraguan yang ada, pengedar rasmi kenderaan …
VOTY 2021//7-Seat SUV of the Year – Land Rover Discovery TD6 HSE
Jika anda mahukan sebuah SUV yang ultra mewah dan pada masa yang sama mampu mengharungi permukaan muka bumi yang mencabar tanpa sebarang masalah, tiada kenderaan lain yang lebih hebat daripada Land Rover Discovery. Harganya memang mahal, namun anda akan mula menghargai apa yang ditawarkan oleh jentera ini setelah memandunya. Sebaik …