Moto Guzzi V7 Stone Dilancarkan Di Malaysia – RM62,900
Didi Group, selaku pengedar rasmi motosikal jenama Moto Guzzi di Malaysia, baru-baru ini mempertontonkan Moto Guzzi V7 Stone di Dewan Merdeka WTCKL bersempena dengan Konsert Dato M. Nasir yang diadakan di sana. V7 Stone dikuasakan oleh enjin V-twin bersesaran 850 cc yang hampir sama dengan enjin pada model V85 TT. …
EMOS Tambah 7 Lagi Wakil Pusat Servis Kawasaki
Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), anak syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) yang juga pengedar eksklusif baharu motosikal Kawasaki, telah menambah wakil pusat servisnya di bahagian Sabah, wilayah Tengah dan Utara negara, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 20. EMOS melalui wakil pusat servis, akan terus mengedar dan menyediakan perkhidmatan …
Triumph Tiger 1200 GT Pro, Rally Explorer Kini Di Malaysia
Triumph Tiger 1200 baharu telah dilancarkan ke pasaran Malaysia oleh pengedar rasmi jenama motosikal itu iaitu Fast Bikes Sdn Bhd. Motosikal jenis kembara-touring itu ditawarkan dalam dua varian iaitu Tiger 1200 GT Pro yang memfokuskan kepada jalan raya dan Tiger 1200 Rally Explorer yang dibangunkan untuk off-road, masing-masing berharga RM115,900 …
Royal Enfield Petaling Jaya Kini Dibuka Secara Rasmi
Jenama motosikal terkenal dari India, Royal Enfield baru-baru ini merasmikan pembukaan kedai flagship pertamanya di negara ini. Terletak di Gasket Alley, Petaling Jaya, kedai eksklusif itu dioperasikan oleh DIDI Automotive Sdn. Bhd. selaku pengedar rasmi motosikal Royal Enfield di negara ini. “Kami akan terus melabur dalam penambahbaikan selepas jualan dan …
Aprilia Tuareg 660 Kini Di Malaysia Pada Harga RM75,900
Dilancarkan bersama-sama SR GT hari ini adalah motosikal kembara kapasiti pertengahan iaitu Aprilia Tuareg 660 yang dijual pada harga pengenalan RM75,900. Ia hadir sebagai penawaran ketiga Aprilia dalam barisan 660 selepas RS 660 dan Tuono 660, kedua-duanya memasuki pasaran Malaysia pada tahun lalu. Tuareg 660 dikuasakan oleh enjin 659 cc …
Aprilia SR GT 200 Dilancarkan Di Malaysia – RM19,900
Didi Group, pengedar rasmi motosikal Aprilia di Malaysia, secara rasminya melancarkan Aprilia SR GT 200 ke pasaran tempatan. Tersedia dalam varian asas dan Sport, skuter kembara urban itu didatangkan dengan harga pengenalan RM19,900. Kuasa dibekalkan oleh enjin 174 cc silinder tunggal daripada barisan enjin i-Get. Ia menghasilkan 17.4 hp (13 …
Aprilia RSV4 1100 Factory Baharu Dilancarkan Di Malaysia
Didi Group secara rasminya melancarkan Aprilia RSV4 1100 Factory baharu pada acara Ipoh Big Bike Pitstop dan Velocity Motorshow yang diadakan baru-baru ini. Jika dibandingkan dengan versi sebelumnya yang memasuki pasaran Malaysia pada 2019, model baharu ini hadir dengan penambahbaikan dari segi mekanikal dan juga aerodinamik. Pertama sekali, kapasiti enjin …
MotoPlex Petaling Jaya Kini Dibuka Secara Rasmi
Terletak bersebelah dengan Gasket Alley, MotoPlex Petaling Jaya merupakan sebuah kedai konsep dinamik di mana empat jenama premium yang bernaung di bawah Piaggio Group iaitu Piaggio, Vespa, Aprilia dan Moto Guzzi ditempatkan. Dioperasikan oleh Goh Brothers Motorcycles Sdn Bhd, MotoPlex Petaling Jaya menampilkan ruang berkeluasan 540 meter persegi yang dibahagikan …
Moto Morini X-Cape 650 Dilancarkan Di Malaysia
MForce Bike Holdings Sdn. Bhd., selaku pengedar rasmi motosikal Moto Morini di Malaysia, secara rasminya melancarkan Moto Morini X-Cape 650 dan 650 X sekaligus menandakan kemasukan jenama Itali itu ke pasaran tempatan. Menurut syarikat itu, kedua-dua X-Cape 650 dan 650 X boleh didapati dalam tiga warna iaitu Dolomites Red, Monte …
13,450 Unit Motosikal Ducati Dijual Pada Suku Pertama 2022
Segalanya nampak sedang berjalan dengan lancar untuk Ducati pada ketika ini. Pada tahun lalu, pengeluar motosikal dari Itali itu mencatatkan rekod jualan tertinggi dalam sejarahnya dengan 59,447 unit berjaya dijual di seluruh dunia. Bukan itu sahaja, syarikat itu turut mencapai hasil jualan dan keuntungan operasi terbaik pada tahun itu walaupun …